Sunday, December 5, 2010

"Gila" Quran

Satu keajaiban bagi pesakit mental boleh menghafal alQuran. Cacat dari segi mental, tetapi bila sebut saja mana-mana ayat daripada al-Quran, beliau bagaikan terkena kejutan elektrik dan terus mampu menyambung sepantas kilat tanpa perlu memikirkan ayat tersebut.. Subhanallah!


Benarlah firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami
benar-benar memeliharanya." (al-Hijr:9)

Wednesday, November 24, 2010

NAMA-NAMA SYAITAN DAN TUGASNYA

1-  Tsabar ialah syaitan pembuat kecelakaan, yang menyuruh kepada kehancuran dan kebinasaan, memujuk dan mengajak kepada perbuatan jahiliah.

2-  al-A'war bertugas untuk menyuruh manusia melakukan zina.

3-  Mabsuth ialah syaitan petugas perbuatan dosa.

4-  Dasim adalah syaitan yang masuk bersama seorang lelaki kepada keluarganya, lantas ia melemparkan aib kepada mereka dihadapan orang lelaki itu, dan membuat orang lelaki ini marah kepada keluarganya.

5-  Zalanbur adalah syaitan yang bertugas dipasar, maka orang-orang dipasar suka menganiaya (saling menipu dalam berjual beli )

6-  Khinzib tugasnya menggoda orang bersolat

7-  Walham menggoda orang berwuduk.

EMPAT JENIS MANUSIA

Berkata al-Khalil bin Ahmad:

Orang itu ada empat jenis:

1-  Ada orang mengetahui dan tahu ia mengetahui, ialah orang yang berilmu. Ikutilah dia!

2-  Ada orang yang mengetahui dan tidak tahu ia mengetahui, ialah orang yang tidur. Bangunkanlah dia!

3-  Ada orang yang tidak mengetahui dan tahu dia tidak mengetahui, ialah orang yang meminta pertunjuk. Tunjukilah dia!

4-  Dan ada orang yang tidak mengetahui dan tidak tahu dia tidak mengetahui, ialah orang yang jahil. Maka tolaklah dia!

Thursday, November 11, 2010

KUBUR BERSERU

Ditulis dalam satu riwayat, bahawa kubur setiap hari menyeru manusia lima kali :

1.  Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al Quran.

2.  Aku rumah yang gelap, maka teranglah aku dengan selalu sembahyang malam (tahajud).

3.  Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4.  Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan " Bismillaahirrohmaanirrohiim"sebagai penawar.

5.  Aku rumah pertanyaan Munkar dan  Nakir, maka banyaklah amalan bacaan "Laailaahillallah  Muhammadurrasulullah." supaya kamu dapat jawapan kepadanya.



Petikan dari kitab ( Alam Barzakh)

Monday, October 18, 2010

BACAAN SURAH DALAM SOLAT FARDHU

Sumber dipetik dari : Buku Haul Al-Imam Al-Habib                              Abdullah bin Alawi Al-Haddad


Muka surat 1

Muka surat 2

Muka surat 3


Friday, October 8, 2010

KEHEBATAN ANGKA TUJUH

Allah mencipta:-

7  lapis langit

7  lapis bumi

7  hari dalam seminggu

7  kali pusingan ketika tawaf

7  kali berjalan  sa'ei diantara Sofa dan Marwah

7  biji batu digunakan ketika melontar

7  anggota sujud ( dahi, dua tapak tangan, dua lutut,               dua hujung tapak jari kaki )

7  lubang dikawasan kepala ( dua mata, dua telinga,               dua lubang hidung, mulut )

7  tahap kehidupan manusia ( alam rahim, bayi,                       kanak-kanak , remaja , dewasa , tua , lanjut usia )

7  ayat yang diulang-ulang baca dalam solat ia itu Surah Al-Fatihah .

7  perkataan dalam dua kalimah syahadat ( laa , ilaaha , illa , Allah , Muhammad , Rasul , Allah )

7  huruf dalam kalimah hamba Allah (Abdullah) dalam                bahasa arab ( a'in , ba , dal , alif . lam , lam , ha )

7  tahun, umur kanak-kanak mula diajar untuk solat

Sunday, September 26, 2010

FRUIT COCKTAIL

Bahan-bahan;-

Jambu *
Nenas *
Epal *
Betik *
Kurma 
Laici dalam tin *
Daun pandan, bunga cengkih dan gula.

Cara membuatnya;-

1.  Potong keci-kecil bahan yang bertanda *
2.  Masak air ikut banyak mana yg kita mau, bubuh gula secukupnya lebihkan manis kerana akan dibubuh ais setelah sejuk.
3.  Kemudian masukan daun pandan dan beberapa kuntum bunga cengkeh.
4.  setelah mendideh masukan buah-buahan yg dipotong kecil tadi, masukan sekali air laici
5.  Masak sebentar,padamkan api , tunggu sahingga sejuk , baru masukan ais.
bolehlah dihidangkan untuk minuman keluarga atau untuk jamuan.


sumber; Encik Hanifah.

Friday, September 3, 2010

RESIPI MENJELANG RAYA

KEK REBUS

Bahan- bahan:-
16 biji telur
700 gm tepung gandum
700 gm gula
700 gm majerin
700 gm buah-buahan campuran
1 sudu serbuk vanila
4 sudu golden syrup

Cara membuatnya;-

1. Pukul putih telur sampai kembang, kemudian masukkan gula pukul lagi sampai berbuih.
2. majerin dipukul hingga cair, kemudian masukkan merah telur satu-satu kacau rata.
3. Campurkan putih telur jadikan satu kacau perlahan.
4. Masukkan tepung dan buah-buahan campuran berselang.
5. Gunakan tin milo sedang, isi 3/4 bahagian tutup rapat, ikat ketat keliling supaya tidak terbuka,
6. Susun tin yang berisi adunan dalam periuk besar, isi air secukupnya dan rebus selama 4jam.
    tutup rapat  tindih diatasnya dengan lesung batu.
Cara mengeluarkannya buka tin dari sebelah bawah.



KUIH BANGKIT

Bahan-bahan;-

3 kati tepung sagu/ ubi
1 kati gula
2 biji telur
1/2 buku butter
2 biji telur
500 ml santan pekat
secubit garam, bijan, dan daun pandan

Cara membuatnya;-

1. Sangan (goreng tanpa minyak) tepung ubi ketepikan biar sejuk.Kemudian baru diayak.
2. Gula,santan pekat , daun pandan dan secubit garam, dimasak sehingga gula hancur,sambil dikacau,bila buih naik keatas  tutup api, pastikan ia benar-benar sejuk.
3. Pukul sebentar batter dan telur, kemudian masukkan santan yang dimasak tadi kacau sampai betul-betul rata, kemudian masukkan tepung sedikit-sedikit sambil diuli , tepung tidak perlu dihabiskan , agak tidak melekat ditangan, ketepikan , tutup adunan  dengan tuala basah, dalam masa 1/2 jam ,bolehlah diterap, supaya kelihatan lebih berseri tabur atasnya sedikit bijan, barulah boleh dibakar.


KEK OREN SUNQUICK

Bahan-bahan;-

2 cawan gula halus
2 cawan butter
2 cawan tepung gandum (membumbung/ penuh)
2 sudu susu pekat
2 sudu oren sunquick

Cara membuatnya;-

1.  Pukul butter dengan gula halus hingga kembang
2.  Masukan telur sebiji-sebiji dan pukul lagi sehingga adunan betul-betul halus dan kembang
3.  Masukan susu pekat sambil dikacau , akhir sekali masukan oren sunquick, kacau lagi sahingga rata
4.  Panaskan oven, bakar sehingga masak.
5.  Untuk mengetahui sama ada kek masak atau tidak, cucuk ditengah-tengahnya guna lidi sate yg bersih, sekiranya adunan tidak melekat pada lidi, ia menunjukan telah masak.

Sunday, August 29, 2010

NAMA-NAMA AHLI BADAR

   Senarai nama para pejuang Perang Badar di zaman Rasulullah yang mendapat kedudukan dalam syurga yang tertinggi (Syurga Firdaus). 


"Datang Malaikat Jibril as pada Nabi s.a.w dan berkata; mereka adalah muslimin yg paling mulia, (atau kalimat yg bermaksud demikian) lalu berkata Jibril as, demikian pula yg mengikuti perang Badar dari kelompok malaikat, mereka malaikat yg terbaik " (Shahih Bukhari)  

        SILA  KLIK  GAMBARAJAH UNTUK IMEJ YANG LEBIH JELAS  

Risalah, Syeikh Muhamad  Fuad Kamaludin Al Maliki

      


Wednesday, August 25, 2010

TIDUR MENGIKUT KESESUAIAN PERINGKAT UMUR

        UMUR                        TIDUR      BANGUN       TEMPOH

1. Bayi bawah 2 tahun       8.00         8.00            12 jam

2.  2 - 6 tahun                    9.00         9.00            10 jam

3.  7 - 9 tahun                  10.00         6.00               8 jam

4.  10 - 12 tahun               10.30        5.30               7 jam

5.  13 - 15 tahun               11.30        5.30               6 jam

6.  16 - 17 tahun               11.30        5.00         5 1/2 jam

7.  18 - 39 tahun               12.00         5.00              5 jam

8.  40 - 59 tahun               11.00         5.00              6 jam

9.  60 tahun ke atas          10.00         5.00              7 jam

Friday, August 20, 2010

NIAT PUASA JAWA

Untuk pengetahuan generasi muda terutama anak-anak, disini Ibu Min nak berkongsi lafaz niat puasa dan ertinya dalam bahasa jawa...

Nawaitu sauma ghodin an'adaaii fardhisy syahri Romadhoni haazihis sanati iimaanan wahtisabam biwajhiLlaahilkarim A'zzawajalla.

Niat engsun poso tutuko imsak dino sesuk, sangkeng anekani fardhune bulan Romadhone, ikilah tahun hale iman aken lan ngeyakin aken kerono ngelakoni dawuh dalem gusti Allah ta'ala...

Laa hawlaa walaa quwwata illa biLlaahhil a'liyyil a'zimmm...

Wednesday, August 18, 2010

SEMBAHYANG TARAWIH DAN SAHUR

Sembahyang tarawih:-

Kelebihan 20 rakaat sembahyang tarawih, bererti ia bersujud sebanyak 40 kali , sujud dalam semalam (1 rakaat adalah 2x sujud ) jika selama satu bulan berarti ia bersujud sebanyak 1200 kali sujud. Maka ketika bulan ramadhan kita bersujud lebih dari 1000 kali sujud. Dan Rasulullah S.A.W bersabda " Keadaan yang paling dekat antara seorang hamba dengan Allah S.W.T yaitu ketika dia sedang sujud "

Ramadhan adalah bulan seribu sujud , semuga kita dimuliakan  oleh Allah dengan kemuliaan bulan seribu sujud, dan semoga Allah Subhanahu wata'ala limpahkan kepada kita pengampunan dan pembebasan dari api neraka, amin .

Makan sahur;-

Waktu sahur usahakan banyak makan manis-manis kerana ia mengenyangkan . Oleh itu Rasulullah memakan kurma kerana kurma itu sangat manis dan mengenyangkan, dan tidak ada gunanya jika banyak makan disaat sahur kerana tetap sahaja makanan tidak dicerna oleh tubuh kecuali sesuai kebutuhan saja dan selebihnya terbuang, perbanyakkan minum air, kerana minuman itu akan masuk keseluruh jaringan sel tubuh kita dan akan memberi kekuatan disiang hari.

Petikan;- Habib Munzir Almusawa

Tuesday, August 17, 2010

ZIKIR BULAN RAMADHAN

Rasulullah menganjurkan kita pada bulan Ramadhan untuk memperbanyak 4hal, yang 2hal untuk ridha Allah.
ialah :- Pertama yang menjadi ridha Allah ialah syahadah
          (Laailaaha illallah)
           Kedua keampunan (Istighfar)

Dua hal lagi sangat penting bagi kita.
           Pertama meminta syurga
           Kedua jauhkan dari api neraka.

Oleh itu perbanyakkanlah baca ( ASYHADU ALLAA ILAAHA ILLALLAH, ASTAGHFIRULLAH, ASALUKAL JANNAH,WAA'UZUBIKA MINAN NAAR ).

Sumber : Habib Munzir Almusawa

Monday, August 9, 2010

NASIHAT IBU

Wahai anakanda semua
Hormatilah ibu bapa
Sapalah jiran tetangga
Hiasi diri dengan akhlak mulia.

Kita kejar kecemerlangan di dunia
Akhirat jangan dilupa
Ingat! kiroman katibin pencatat setia
Sedekah separuh tamar ( baik)
Dan... berkata ah! (buruk) pada ibu bapa ada catatannya

Jangan tinggal solat! (3x)
Pesanan ibu yang tidak pernah penat
Ingat! Solat itu kewajiban bukan kehendak
Kepada yang taat perintah-Nya
Kekalkan sepanjang hayat.

Dari alam sekeliling ambillah pengajaran
Baik jadi ikutan, buruk jadikan sempadan
Ilmu, amal, ikhlas sebagai panduan
Dunia akhirat insya Allah tiada penyesalan.

Saturday, August 7, 2010

AKIBAT TINGGAL SOLAT

Meniggalkan solat akan jadi babi hutan diakhirat.

DIRIWAYATKAN bahawa ada seorang lelaki sedang berjalan-jalan disebuah kampung dan pada suatu hari dia ditemani oleh syaitan sehingga dia tidak mengerjakan solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak.Ketika telah tidur maka tertidurlah lelaki itu dan syaitan pun lari meninggalkannya.

         Lelaki iti bertanya: "Mengapa engkau meninggalkan aku? Syaitan menjawab: "Sungguh aku telah menderhakai Allah s.w.t seumur hidupku hanya sekali maka aku menjadi makhluk yang terkutuk, sedang engkau dalam satu hari sahaja telah menderhakai lima kali, maka aku mendapat murka dan herdiknya sebab perlakuan derhakamu."

Sementara itu diriwayatkan bahawa pada suatu hari, Rasullullah s.a.w. duduk bersama sahabatnya maka datanglah seorang pemuda daripada bangsa Arab masuk kepintu masjid dengan menangis. Maka Rasulullah bertanya: "Kenapa kamu menangis?"
          Anak muda itu menjawab: "Wahai Rasulullah ayah saya telah meninggal dunia dan tidak mempunyai kain kafan dan tidak ada pula yang memandikan."

          Maka Rasulullah s.a.w. menyuruh Saiyida Abu Bakar dan Umar r.a melihat mayat itu , maka mereka dapati mayat itu berubah seperti babi hutan yang hitam. Kedua-dua sahabat tadi kembali menemui Rasulullah s.a.w. seraya berkata: "Wahai Rasulullah, sungguh kami lihat mayat itu seperti babi hutan yang hitam."

Maka Rasulullah s.a.w. pun pergi kepada jenazah itu kemudian berdoa sehingga mayat itu menjadi bentuk manusia semula dan Rasulullah s.a.w. pun turut menyembahyangkannya. Dan ketika orang mahu menguburkannya   mereka melihat mayat itu berubah lagi menjadi babi hutan yang hitam. Kepada anak muda itu Rasulullah s.a.w.bertanya: "Perbuatan apakah yang dilakukan oleh ayahmu ketika ia hidup?".
Anak muda itu menjawab: "Ayah saya meninggalkan solat."

           Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hai sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan solat akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. di hari kiamat seperti babi hutan yang hitam."

Thursday, August 5, 2010

12 KUMPULAN DI PADANG MAHSYAR


Klik gambar di atas untuk imej yang lebih jelas.

Wednesday, August 4, 2010

DINILAI KEJAM

Sepuluh jenis orang yang kejam:-

Sufyan Athsauri berkata: Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:
*  Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak mendoakan anak-anaknya dan kaum mukmin.

*   Seorang yang pandai membaca al-Qur'an tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

*  Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

*  Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

*  Seorang yang daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

*  Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

*  Seorang yang sampai disuatu kota pada hari jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

*  Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

*  Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

*  Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

Sunday, August 1, 2010

REBUT LIMA SEBELUM LIMA

Awasi lima perkara yang bakal tiba:-

Menurut islam waktu ada tiga jenis.
Pertama; masa lalu (yang menjadi pengalaman dan panduan)
Kedua masa kini (yang perlu diisi dengan ilmu dan amalan berguna)
Ketiga; Masa depan (kita sendiri belum dapat menentukannya).

Allah berfirman dalam surah Al-Kahfi ayat 23-24 yang bermaksud; "Jangan sesekali kamu mengatakan sesuatu seperti; sesungguhnya aku akan mengejarkannya esok, kecuali dengan menyebut insya-Allah. dan ingatlah kepada tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah mudah-mudahan Allah memberi pertunjuk.
"
Sebenarnya, Allah s.w.t memberi waktu kepada kita untuk tiga tujuan.
Pertama untuk beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah.
Kedua untuk melakukan pekerjaan halal untuk diri sendiri.
Ketiga waktu untuk menguruskan hal ehwal keluarga terutama anak dan isteri.

Dalam pada itu, Rasulullah s.a.w berpesan supaya kita sentiasa berjaga-jaga dan waspada mengenai lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu:
*  Pergunakanlah hidupmu sebelum kamu mati.
*  Pergunakanlah kesihatanmu sebelum kamu sakit.
*  Pergunakanlah masa lapangmu sebelum kamu kesempitan.
*  Pergunakanlah masa mudamu sebelum kamu tua.
*  Pergunakanlah kekayaanmu sebelum kamu miskin.

Saturday, July 31, 2010

SURAT NABI KEPADA PEMBESAR NEGARA



Surat Nabi kepada Herkulis Pembesar Romawi
Nama utusan:Dihyah bin khalifah al-Kalabi
Sikap orang yang menerima : Dia takut kehilangan kerajaannya dan tidak masuk islam.



Surat Nabi kepada Raja Negus (Najasyi) Pembesar Etopia
Nama utusan: Abdullah bin Hudzafah as- Syami
Sikap orang yang menerima; Dia masuk islam dan meletakkan surat tersebut dikeningnya

.

Surat Nabi kepada pembesar kisra Parsi
Nama utusan: Abdullah bin Huzhafah as-Shami.
Sikap orang yang menerimanya: Dia merobik surat rasul dan Allah pun meruntuhkan kerajaannya. 



Rujukan; pelbagai sumber


Wednesday, July 28, 2010

JIKA SEORANG KANAK_KANAK

Jika seorang kanak-kanak sentiasa dikecam,
        ia akan menjadi seorang yang suka mengacau.


Jika seorang kanak-kanak sentiasa disetujui,
        ia akan menjadi seorang yang suka berkelahi.


Jika seorang kanak-kanak sentiasa dihina,
        ia akan menjadi seorang yang pemalu.


Jika seorang kanak-kanak sentiasa diberi malu,
        ia akan menjadi seorang yang sentiasa bersalah.


Jika seorang kanak-kanak sentiasa ditabahi,
        ia akan menjadi seorang yang penyabar.


Jika seorang kanak-kanak sentiasa menerima galakan,
        ia akan menjadi seorang yang mempunyai keyakinan diri.


Jika seorang kanak-kanak ditaburi dengan puji-pujian,
        ia akan menjadi seorang yang bersikap adil.


Jika  seorang kanak-kanak mendapat perlindungan,
         ia akan menjadi seorang yang mempunyai kepercayaan diri.


Jika seorang kanak-kanak sentiasa diberi pengiktirafan,
        ia akan menjadi seorang yang menyukai dirinya dan orang lain.


Jika seorang kanak-kanak sentiasa didampingi dan diterima,
        ia akan menjadikan dunia ini tempat yang paling selesa, tenang dan bahagia sekali.

                                       Dipadankan dari;
                                       "If A Child............."
                                        Oleh Dorothy Law Nolte.

Monday, July 26, 2010

DOA 2

Bismillahirrohmanirrohim

Ya Allah bimbinglah daku untuk selalu mengingati Mu, tiada yang dapat menggantikan amal ku yang jelek dengan kebaikan melainkan engkau. Ya Allah pelindung ku, dengan kemuliaan Mu, sayangi aku dalam segala keadaan, kasihi aku dalam segala perkara.

1. Kurniakan pada ulamak kami kezuhudan dan nasihat.
2. Pada para pelajar kesungguhan dan semangat
3. Pada  para pendengar kepatuhan dan peringatan
4. Pada kaum muslimin yang sakit kesembuhan dan ketenangan
4. Pada kaum muslimin yang meniggal kasih sayang Allah dan rahmat.
5. Pada orang tua kami kehormatan dan ketenteraman.
6. Pada para pemuda penyesalan dan taubat
7. Pada para wanita rasa malu dan kesucian
8. Pada orang-orang kaya rendah hati dan kemurahan hatinya
9. Pada orang-orang miskin kesabaran dan kecukupan
10. Pada para pejuang kemenangan dan penaklukan
11. Pada para tawanan kebebasan dan ketenangan
12. Pada para pemimpin keadilan dan rasa sayang
13. Pada seluruh rakyat kejujuran dan kebaikan akhlak.

Sumber: Salinan dari buku perpustakaan masjid Banten.

Thursday, July 22, 2010

DIMANAKAH KITA?

*  Rajin Bekerja, Rajin Bercakap
                (  BAGUS )

*  Rajin Bekerja, Malas Bercakap
              (  KENA BULI )

*  Malas Bekerja, Rajin Bercakap
                (  WAYANG CINA )

*  Malas Bekerja, Malas Bercakap
                 (  TAK GUNA )

*  Malas Bekerja, Suka Mengadu
                 (   LALAT HIJAU  )

*  Malas Bekerja, Selalu Ponteng
                 (  LEBIH BAIK BERHENTI )

*  Malas Bekerja, Suka Termenung
                (  LEBIH BAIK MATI )

*  Rajin Bekerja, Rajin Mengadu
                 (  KAKI BODEK )

Rujukan; Kata-kata pujangga Prof. Diraja Ungku Aziz.

Sunday, July 18, 2010

PANTUN DUA KERAT

Berat sama dipikul
Rengan sama dijinjing.

Ada ubi ada batas
Ada budi ada balas.

Yang kurik kundi, yang merah saga,
Yang baik budi, yang indah bahasa.

Goreng pisang goreng ubi,
Abang hutang adik rugi.

Dua kali satu dua,
Boleh menantu ke orang tua.

Pinggan tak retak nasi tak dingin,
Engkau tak hendak, aku tak ingin.

Dua kali lima sepuluh,
Cina berak kau suluh.

Cing berincing setinggi bunga lada,
Mana hantu kucing, nasi basi atas para.

Kura-kura diatas perahu,
Pura-pura tidak tahu.

Ting-ting nyak,
Rambut kerinting kutu banyak.

Dang dut keladi wa-wa,
Siapa kentut kahwin cina tua.

Anak lembu merah,tambat pokok asam,
Sudah kena marah, tarik muka masam.

Kom komit kamit,
Tanam cekur gali kunyit.

Sumber : Kumpulan Pantun Melayu

RENUNGAN

*  Bahaya percakapan adalah dusta. Bahaya ilmu adalah lupa.
*  Kesulitan akan bertambah apabila dihitung. Dan akan lenyap apabila dilupakan
*  Keburukan diatasi dengan berbincang.Kebaikan diatasi dengan muafakat.
*  Ilmu didalam dada bagai lampu dalam rumah.Jahil adalah penyakit..
*  Sembahyang itu rengan tapi berat.Hebat macam mana kalau tak sembahyang dia sebenarnya tak ada nilai.

*  Tiada apa erti kehidupan kecuali mendapat keredhoan Allah.
*  Maknusia dalam tidur nyenyak, apabila mati barulah sedar.
* Janganlah kamu memandang lekeh dosa yang dilakukan ( biar pun kecil ) pandanglah kebesaran
   Allah yang kamu durhakai.
*  Sesiapa yang hanya memikirkan sekadar kepentingan perutnya,maka begitulah harga diri seperti yang
    keluar dari perutnya.
*  Perut adalah segala penyakit dan berpuasa ialah segala ubatnya.

*  Islam amalan anggota tubuh. Iman amalan anggota hati.
*  Senaman boleh menguatkan anggota tubuh badan,
    Amal ibadat menguatkan ruh.
    Ilmu pengetahuan menguatkan akal dan fikiran.
    Seni menguatkan jiwa dan perasaan.
*  Seorang mukmin berbangga dengan tuhannya ( Allah ) mulia kerana agamanya ( Islam ) Sedangkan munafik berbangga dengan bangsanya dan menganggap mulia dengan hartanya.

*  Kata imam Ghazali , Paling dekat mati.  Paling jauh masa lalu.  Paling besar hawa nafsu . Paling berat pegang amanah.  Paling rengan meniggalkan sembahyang . Paling tajam lidah maknusia.
*  Ajar hati kita berdoa kepada orang yang menyakiti kita. Semoga Allah memberi rahmat kepada orang yang mengatakan keburukan kepada kita.
*  Berdermalah kerana sesungguhnya kebanyakan kaum wanita akan dijadikan kayu api dineraka jahanam disebabkan mudah mengeluh dan mudah melupakan jasa suami.

*  Pendekatan anak terhadap ibu; Apabila diletakkan dihadapan akan menuju syurga.Apabila diletakkan       dibelakang ia akan menuju neraka.
*  Jasa ibu; Nilai sekali susuan tidak dapat membalas jasa seribu tahun.
*  Ketika menghadapi ujian ;
    1. Baca Innaa LilLahi Roojiuun.
    2. Ya Allah, aku mengharap pahala diatas musibah ini
    3. Ya Allah gantilah yang lebih baik..

*  Tengok diri kita serba kekurangan,
     Tengok orang lain serba kemuliaan.
*  Ego mengatasi  kewarasan.

Saturday, July 17, 2010

DOA MEMBASUH ANGGOTA WUDHU'

Doa Mencuci Tangan Hendak Wudhu'
Ya Allah aku mohon kepada Mu pehak kanan dan keberkatan, dan aku berlindung dengan Mu daripada bernasib malang dan kebinasaan.

Doa Berkumur-Kumur
Ya Allah berilah aku minuman daripada perigi nabi Mu Muhammad saw yang tidak akan dahaga sesudahnya selama-lama.

Doa Menghisab Air Kehidung
Ya Allah baukanlah aku bauan syurga

Doa Mengeluarkan Air Dari Hidung
Ya Allah aku berlindung dengan Mu daripada bau-bauan neraka dan seburuk-buruk tempat.

NIAT WUDHU'
Sahaja aku berwudhu' kerana mengangkat hadas kecil fardhu kerana Allah Ta'ala.

Doa Membasuh Muka
Ya Allah putihkanlah muka ku pada hari putih muka2 dan hitam muka2.(diakhirat ada dua kelompok muka putih ( orang beriman ) muka hitam ( orang kafir )

Doa Membasuh Tangan Kanan
Ya Allah berikanlah daku kitab amalan ku dengan tangan kanan ku dan hisablah aku dengan hisab yang mudah.

Doa Membasuh Tangan Kiri
Ya Allah aku berlindung dengan Mu daripada memberikan kepada ku kitab amalan ku dengan tangan kiri ku atau pun dibelakang ku.

Doa Mengusap Sebahagian Kepala
Ya Allah haramkanlah rambut ku dan kulit ku daripada api neraka.

Doa Mengusap Telinga
Ya Allah perdengarkanlah aku panngilan syurga didalam syurga beserta orang yang baik2

Doa Membasuh Kaki Kanan
Ya Allah tetapkanlah kaki ku diatas titian Sirot beserta kaki2 hamba mu yang soleh.

Doa Membasuh Kaki Kiri
Ya Allah aku berlindung dengan mu dari tergelincir kaki ku ke atas Sirot dalam api neraka , pada hari  tergelincirnya kaki2 orang2 munafik dan musyrik.


                          

Wednesday, July 14, 2010

PETUA

DAUN PEGAGA;-
1. Merawat kencing manis
2. Merawat keputihan
3. Merawat darah tinggi
4. Mengurangkan bintik-bintik hitam di muka.
Caranya; Ambil secekak daun pegaga, bersihkan,setelah itu rebus bersama dua gelas air sehingga tinggal segelas air.setelah mendidih sejukkan dan tapis. Minumlah air ini sekali sehari setelah makan malam.Amalkan cara ini sehingga sembuh.

AIR BERAS
1. Merawat kencing tak lawas
2. Menyuburkan pokok
3. Menghilangkan letih lesu badan.
Caranya;-
Minum air basuhan beras yang sudah bersih sebanyak 1 gelas, setelah anda makan tengahari . Lakukan cara ini sehingga sembuh.

DAUN SERAI SEGARKAN SARAF
Jika anda terlalu banyak kerja anda tentu rasa letih dan lesu, untuk mengembalikan kesegaran urat saraf anda, anda boleh gunakan daun serai,daun pandan serta daun nangka dan direbus dengan air sebanyak dua besen sedang.Biarkan air tersebut menjadi suam kuku, setelah itu bolehlah anda gunakan untuk mandian. Lakukan cara ini selama tiga hari berturut-turut sehingga anda pulih semula.

SUSU TEPUNG HALUSKAN MUKA
Caranya;-
Cuci muka anda terlebih dahulu dengan air bersih. setelah itu cuci dengan air limau nipis. Kemudian bilas dengan air bersih, setelah itu ambil tiga camca susu tepung. Bancuh dengan air suam, tidak terlalu pekat.Sapukan ke muka, biarkan kering.Setelah itu bersihkan muka anda.

MADU
Memberikan seri pada wajah dan melembabkan muka.
Caranya;-
Ambil dua sudu madu campurkan dengan putih telur lumurkan pada muka anda, biarkan kering, setelah itu barulah dicuci dengan air panas suam dan keringkan muka anda dengan tuala bersih.

Rujukan ; ( Buku Petua Segala Petua )

Tuesday, July 13, 2010

SENAMAN

Kalau orang suruh kita bersenam kita selalu kata tak ada masa. Cubalah.....luangkan masa untuk bersenam...sebagaimana kita luangkan masa untuk bersolat. Senaman itukan untuk kesihatan. Nak sedapkan hati sendiri sebab malas bersenam...selalu beri alasan kerja rumah sudah dikira bersenam juga. Sebenarnya ia masih tidak cukup. Membebellah Cik Min ni sorang...marahkan diri sendiri. Jom... kita jadikan senaman sebagai rutin harian untuk kesihatan badan.

1. Berjalan perlahan / Berjalan dengan pantas.
    Boleh dilakukan pada bila bila masa dan dimana sahaja tempat yang selamat.

2. Senaman Regangan.
    Lakukan senaman regangan setiap hari.


REGANGAN KEPALA DAN LEHER
1. Tunduk dan dongakkan kepala.
2.  Serongkan kepala hingga telinga mencecah ke bahu kiri dan kanan.
3. Pusingkan kepala anda kearah bahu kanan dan kiri.


REGANGAN BAHU
1. Putarkan bahu anda kearah hadapan.
2. Kemudian kearah belakang.
3. Naik dan turunkan bahu anda..


REGANGAN TANGAN
1. Tangkupkan kedua belah tapak tangan angkat dan turunkan tangan anda dengan meluruskan siku anda.
2. Tangkupkan kedua belah tapak tangan dengan siku dibengkokkan, gerakkan tangan ke kanan kemudian kekiri.
3.. Gerakkan tangan yang digenggam ke kanan, kemudian ke kiri, dengan meluruskan siku.

REGANGAN JARI
1. Pegang hujung jari dan tarik perlahan-lahan.
2. Genggam dan buka genggaman.
3. Pusingkan tapak tangan anda ke bawah
4. Buka dan jarakkan ibu jari, kemudian tutup dan rapatkannya.


REGANGAN KAKI
1. Duduk diatas kerusi dengan bersilang lutut. Putarkan kaki mengikut putaran jam, kemudian sebaliknya.
2. Naikkan kaki kanan anda untuk meluruskan lutut
3. Gerakkan kaki anda ke sisi kemudian bawakan kaki kembali ketengah, kemudian lakukan sebaliknya.
4. Duduk diatas kerusi dengan lutut bersilang.Gerakkan kaki anda ke atas dan ke bawah di pergelangan kaki.
5. Gerakkan kaki anda ke depan dan letakkan tumit kaki di atas lantai.
6. Jika kaki anda tidak boleh di gerakkan, silangkan kaki yang sakit keatas kaki yang baik dan putarkan pergelangan kaki dengan tangan..


Rujukan : Buku (Senaman Ke Arah Warga Tua Cergas)

Monday, July 12, 2010

RESIPI

 UBI TUMIS


Hari minggu yang lepas, anak-anak dan menantu balik rumah, teringin pula masak  tumis ubi, masakan ini kegemaran cik Abe saya....
Kebetulan menantu belikan pinggan empat segi, teruslah ambil peluang tangkap gambar masakan...
mana tau rasanya lebih sedap duduk atas pinggan baru, sekurang-kurangnya sebagai mentua hargailah
pemberian menantu. Kalau menantu baik mudah-mudahan emak mentua pun jadi baik. Amin........


MASAKAN UBI TUMIS

Bahan-bahan;-
   1 batang ubi sederhana besar *
   5 ulas bawang merah *
   2 ulas bawang putih *
   5 biji cili api *
   3 sudu ikan bilis bersaiz kecil *
   3 tangkai daun kari
      Sedikit belacan *,
      Minyak masak dan sedikit garam.

Cara masak;-
1. Potong ubi dan rebus hingga empuk.
2. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda ( * )
3. Panaskan minyak masak, masukkan daun kari,dan bahan yang ditumbuk, kacau  rata, kecilkan api
    dan goreng sehingga warna perang, masukkan sedikit garam.
4. Akhir sekali masukkan ubi rebus, kacau sambil dibelah-belah supaya rempahnya serata,
    angkat dan hidangkan.Sesuai untuk sarapan pagi atau minum peta.


  (Sumber : Cik Senah)

Sunday, July 11, 2010

HAYATI PENCIPTAANNYA

1. Ia mengeluarkan sesuatu Yang hidup dari benda Yang mati, dan mengeluarkan benda Yang mati dari sesuatu Yang hidup, serta menghidupkan bumi sesudah matinya; dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).

2. Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya (menghidupkan kamu semula), Bahawa ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia Yang hidup bertebaran di muka bumi.

3. Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.

4. Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang Yang berpengetahuan.

5. Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kemurahanNya dan kasih sayangnya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan Yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang Yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).

6. Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, ia memperlihatkan Kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan ia menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan bumi sesudah matinya Dengan hujan itu. Sesungguhnya Yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang Yang menggunakan akal untuk memahaminya.

7. Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan keluasan ilmunya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan Yang menakjubkan itu) Dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya apabila ia menyeru kamu Dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu Dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing).

8. Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah Yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah

9. Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, Engkau melihat bumi kosong sepi (dalam keadaan kering dan tandus), maka apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya serta suburlah tanamannya. Sesungguhnya Allah Yang menghidupkannya sudah tentu berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk Yang telah mati; Sesungguhnya ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

10. Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah kejadian langit dan bumi serta Segala Yang ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk Yang melata; dan ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila ia kehendaki (melakukannya)

11. Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah kapal-kapal (yang besar tinggi) seperti gunung, belayar laju merempuh lautan.


Rujukan Al- Quran

Saturday, July 10, 2010

DOA

Bismillahirrohmaanirrohim...

Alhamdulillahi robbil a'lamin wassolatu wassalamu a'laa asyrofil anbiyaa iwalmursaliin wa a'la a'lihi
wasohbihi ajmai'n.

Ya Allah ya tuhan ku limpahkanlah rahmat keatas kami setiap waktu dan saat.
Robbi bimbinglah kami
maafkan dosa2 kami dan dosa ayah bonda kami,
kerabat dan saudara kami, suami kami, anak2 kami dan keluarga kami yang masih mempunyai dosa yang belum terampun,
ampunkan seluruh dosa mereka ya Rohman ya Rohim
Mereka yang telah wafat dari ayah bonda, dari keluarga atau teman yang barangkali hingga saat ini masih terhimpit di alam kubur,
bebaskanlah dari segala kesusahan ya Allah...
dan mereka yang dalam kemuliaan didalam kubur tambahkanlah kemuliaannya
dan mereka yang masih hidup Robbi limpahkanlah rahmat dan keluhuran untuk mereka dan kami semua Amin...
Wasollallahhu a'la Saiyidina Muhammad
Wa 'ala aalihi wasohbihi wabaroka wasallam
walhamdulillaahi Robbil A'lamin.


Rujukan : Habib Munzir Almusawa

Thursday, July 8, 2010

ILMU

 Sekumpulan ulamak mangadap Saiyidina Ali
mereka mula bertanya tentang ilmu.

Ulamak 1 bertanya    ; Manakah yang lebih utama
                                       ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a                Ilmu.kerana ilmu lebih utama
                                  daripada harta; ilmu itu
                                   pusaka
                                   nabi-nabi., sedang harta
                                   pusaka
                                   Karun Syaddad dan Fir'aun.


Ulamak 2 bertanya    ; Manakah yang lebih utama
                                       ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a                Ilmu, kerana ilmu memelihara
                                   engkau
                                   sedangkan harta engkaulah
                                   yang harus memeliharanya.


Ulamak 3 bertanya     : Manakah yang lebih  utama
                                       ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a               : Ilmu,kerana
                                   harta menyebabkan banyak
                                   musuh,ilmu menyebabkan
                                   banyak teman dan sahabat.
                                                                   .

Ulamak 4 bertanya     : Manakah yang lebih utama
                                        ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a               : Ilmu,kerana harta makin
                                   dikeluarkan  makin kurang,
                                   sedang ilmu makin
                                   dikeluarkan makin
                                   bertambah.


Ulamak 5 bertanya     : Manakah yang lebih utama
                                        ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a                : Ilmu, kerana orang punya
                                    harta kadang-kadang
                                   dapat dipanggil  nama kikir
                                   dan kedekut sedang orang
                                   yang  punya  ilmu dipanggil
                                   dengan nama megah dan
                                    mulia.    
                     
                                                                  
Ulamak 6 bertanya      : Manakah yang lebih utama
                                        ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a                : Ilmu.kerana harta banyak
                                    pencurinya,dan ilmu tidak
                                    ada pencurinya.


Ulamak 7 bertanya      : Manakah yang lebih utama
                                        ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a                : Ilmu, kerana orang yang
                                    punya harta dihisab pada
                                    hari kiamat, sedang orang
                                    yang punya ilmu diberi                                                  
                                  syafaat pada hari kiamat.


Ulamak 8 bertanya       : Manakah yang lebih utama
                                         ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a                  Ilmu, kerana harta boleh
                                         habis kerana lama
                                         masanya, sedang ilmu
                                         tidak boleh habis
                                         meskipun tidak
                                        ditambah.


Ulamak 9 bertanya       : Manakah yang lebih utama
                                          ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a                 : Ilmu, kerana ilmu membuat
                                         hati yang punya terang
                                         benderang sedangkan
                                         harta membuat
                                         kasar hati yang punya.


Ulamak 10 bertanya     : Manakah yang lebih utama
                                         ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a                 : Ilmu, sebab orang yang
                                         mempunya ilmu termasuk
                                         ibadah,yang diberi pahala
                                        oleh tuhan,sedangkan
                                        orang mempunyai harta
                                        termasuk rubudiyah    
                                      
                                    
                                        ,

MENGENALI BAHASA JAWA 2

1.  Ngomong jowo  =  cakap jawa
2.  Arek solat  =  nak (hendak) solat
3.  Arek mangan  =  nak makan
4.  Arek ngombe  =  nak minum
5.  Arek nguyuh  =  nak kencing
6.  Arek ngiseng  =  nak berak
7.  Arek cewok  =  nak cebuk
8.  Arek adus  =  nak mandi
9.  Arek turu  =  nak tidur
10.  Arek melebu  =  nak masuk
11.  Arek metu  =  nak keluar
12.  Arek mainan  =  nak main
13.  Arek munggah  =  nak naik
14.  Arek mudun  =  nak turun
15.  Arek dolan  =  nak jalan
16.  Jangan bening  =  masak bening
17.  Jangane pedes  =  masakkannya pedas
18.  Jangane asin  =  masakkannya masin
19.  Rasane legi  =  rasanya manis
20.  Rasane kecut  =  rasanya masam
21.  Mambu wangi  =  bau wangi
22.  Mambu badek  =  bau busuk
23.  Koyo arek meriyang  =  macam nak demam
24.  Koyo arek watuk  =  macam nak batuk
25.  Ojo takon  =  jangan tanya
26.  Ojo kelalen  =  jangan lupa
27.  Ojo ngapus  =  jangan tipu
28.  Ojo koyo kuwi  =  jangan macam tu
29.  Ojo turu wae  =  jangan tidur saja
30.  Ojo digugah  =  jangan dikejut
31.  Ojo nyolong  = jangan mencuri.

Friday, July 2, 2010

HARI KIAMAT

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam...


"Sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentangnya, tetapi kebanyakan manusia tidak beriman" -- Surah Al-Mukmin, ayat 59.


Untuk peringatan diri saya dan sesiapa yang sudi membacanya...


Mengenai tanda-tanda awal kiamat, dapat kita ketahui dari beberapa keterangan yang diringkaskan seperti berikut:                                                                                                      
  1. Setiap tahun bertambah keburukan dan berkurang kebaikan.
  2. Jumlah manusia jahat diumpamakan "999 orang dalam 1000"
  3. Perjalanan waktu terasa pendek atau cepat;  Setahun terasa sebulan, sebulan terasa seminggu, seminggu terasa sehari dan seterusnya.
  4. Tidak tahu lagi membezakan baik buruk, halal haram (susah nak membezakan antara yang buruk dengan yang baik).
  5. Sembahyang hampir tidak dipedulikan lagi.
  6. Bilangan wanita mengatasi bilangan lelaki.
  7. Zakat dipandang satu perkara yang menyusahkan semata- mata.
  8. Lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita, saling berhubungan seks sama sejenis.
  9. Masjid besar dan cantik...tetapi yang sembahyang berkurangan dan sembahyang dikerjakan tanpa ikhlas dan jujur.
  10. Nyawa dan darah manusia tidak bernilai lagi, pembunuhan berleluasa terjadi, peperangan sudah seperti permainan antara puak-puak dan golongan-golongan manusia.
  11. Si kaya pergi ke mekah sekadar untuk melancong, manakala orang pertengahan pergi haji kerana berniaga, sementara orang miskin pergi untuk meminta sedekah .
  12. Nafsu syaitan bermaharajalela.
  13. Anak-anak tidak lagi patuh kepada ibu bapa, orang tua tidak dapat penghormatan lagi.
  14. Lenyap dan hapus kejujuran dalam bersahabat.
  15. Orang-orang beriman tidak terdaya berbuat apa pun terhadap maksiat yang berlaku disekelilingnya.
  16. Puncak dari tanda-tanda awal ini ialah sikap manusia sendiri yang semakin angkuh dan sombong kerana merasa telah terlalu pandai dan berkuasa.


Semua ini adalah tanda-tanda awal akan hampir berlakunya kiamat sebelum tibanya tanda-tanda akhir seperti; Lahirnya Dajjal, Yakjuj dan Makjuj, matahari terbit dari barat, keluar binatang "Dabbah" yang menempelak manusia dan lain-lain lagi.

Thursday, July 1, 2010

MUHASABAH DIRI

Keburukan Banyak Makan :
1.- Keras hati
2.- Segala anggota suka melakukan kejahatan
3.- Tidak faham ilmu, membinasakan kecerdikan dan kepintaran
4.- Berat badan untuk melakukan ibadat dan mata mengantuk
5.- Menghilangkan nikmat ibadat
6.- Ditakuti jatuh kepada haram atau syubhah
7.- Menyusahkan - kerana mencari dan menyediakan
8.- Boleh menyebabkan sakit yang bersangatan ketika mati
9.- Mengurangkan pahala di akhirat

Nafsu
Engkau ciptakan Firaun, Haman dan Qarun.
Mereka adalah sebesar-besar penderhaka terhadap mu
Namun engkau kurniakan dunia seluruhnya kepada mereka

Itulah tandanya
Dunia ini tidak melebihi sebelah sayap nyamuk pada sisi Mu
Tapi nafsu kami masih juga terliur
Melihat keagungan Firaun, kepintaran Hamman dan kekayaan Qarun
Nafsu masih inginkan
Sayap nyamuk yang sebelah itu
Nafsu sangat sabar menyembunyikan laparnya
Sesekali ia menghantar isyarat jika engkau menjawab
ia akan bangun
Dikala itu engkau akan tertawan

Nafsu umpama sebuah kenderaan
Enjinnya ialah tamak
Rodanya dengki dan khianat
Sterengnya ialah tipudaya
Bila kenderaan ini berjalan
Ia meninggalkan asap kotor dibelakang
Tetapi pemandu asyik memandang kehadapan
Tidak pernah melihat pencemaran yang ditinggalkan

Nafsu adalah sebahagian daripada diri mu
Ia boleh diam dan tidur tetapi tidak berputus asa
Perlulah engkau sentiasa berwaspada

Sunday, June 27, 2010

IMAN OH! IMAN

Sifat iman kita menaik dan  menurun.
Beramal soleh adalah sebaik-baik makhluk.
Jom....kita ingat semula sedikit sebanyak
ilmu yang kita dah tau dulu.
Mudah-mudahan dapat menambah iman kita.




RUKUN IMAN ENAM PERKARA 


1. Percayakan Allah.
2. Percayakan malaikat-malaikatnya.
3. Percayakan kitab-kitabnya
4. Percayakan rasul-rasulnya.
5. Percayakan hari kiamat
6. Percayakan bahawa perkara baik atau buruk yang berlaku (qada' dan qadar) itu adalah dengan
    kehendak dan ketetapan daripada Allah.




RUKUN  ISLAM  LIMA  PERKARA 

1. Mengucap dua kalimah  syahadah.
2. Sembahyang sehari semalam lima waktu.
3. Memberi zakat ( dan fitrah ).
4. Puasa Ramadhan.
5. Mengerjakan haji ke Baitullah.




SEPULUH  MALAIKAT  YANG  WAJIB  DIKETAHUI 

1. Jibrail  pekerjaannya  membawa wahyu.
2. Mikail  pekerjaannya  membawa rezeki.
3. Israfil  pekerjaannya  meniup sangkakala.
4. Izrail  pekerjaannya  mengambil nyawa.
5. Munkar dan Nakir  pekerjaannya menyoal mayat didalam kubur.
7. Ridhwan  pekerjaannya  menjaga syurga.
8  Malik  pekerjaannya  menjaga neraka.
9. Raqib  pekerjaannya  menulis amal kebajikan.
10. A'tid  pekerjaannya  menulis amal kejahatan.


BILANGAN  NABI-NABI  DAN  RASUL-RASUL 

Adapun bilangan  nabi-nabi itu mengikut sesetengah ulamak ialah 24 ribu orang. Bilangan rasul- rasul itu 313 orang. Maka tersebut nama mereka didalam Al-Quran ialah 25 orang.

1. Adam.                                                    
2. Idris.
3. Nuh.
4. Hud.
5. Soleh.
6. Ibrahim.
7. Lut.
8. Ismail.
9. Ishaq.
10. Ya'kob.
11. Yusuf.
12. Ayub.
13. Syuib.
14. Harun.
15. Musa.
16.Ilyasa'
17. Zulkifli.
18. Daud.
19. Sulaiman.
20. Ilyas.
21. Yunus.
22. Zakaria.
23. Yahya.
24. Isa.
25. Nabi Muhammad saw.




KETURUNAN  NABI  MUHAMMAD SAW DI SEBELAH  BAPANYA 

Muhammad  anak  Abdullah  anak  Abdul mutalib anak Abdi Manaf  anak  Qusai  anak  Kilab  anak  Ka'ab anak  Luwai anak  Gholib  anak  Fihr  anak  Malik  anak  Kinanah  anak Khuzaimah  anak  Mudrikah  anak  Ilyas  anak  Mudhor anak  Nizar  anak  Ma'ad  anak  Adnan.


KETURUNAN NABI  MUHAMMAD SAW DI SEBELAH  IBUNYA 

Muhammad  anak  Aminah  anak  Wahab  anak  Abdi Manaf anak Zahrah anak  Kilab, (Iaitu Kilab tersebut pada keturunannya dari sebelah bapanya ). Pada Kilab inilah bertemu nasab (keturunan)  bapa nabi dan ibunya.


ISTERI-ISTERI  RASULULLAH

1. Khadijah binti Khuwailid.
2. Saudah binti Zam'ah.
3. A'isyah binti Abu Bakar.
4. Hafsah binti  Umar.
5. Ummu Salamah Hindun binti Abi Umaiyah.
6. Zainab binti Jahsyin.
7. Juwairiah binti Al-Harith.
8. Maimunah binti Al-Harith.
9. Sofiah binti Huyai.
10. Zainab binti Khuzaimah.
11. Mariatul Qibtiyah.


PUTRA - PUTRA  DAN  PUTRI-PUTRI RASULULLAH 

Rasullullah mempunyai tujuh orang anak, enam daripada mereka adalah anak daripada isterinya Saidatina Khadijah, iaitu ;-

1. Zainab -- Isteri Abul As.
2. Rukiah -- berkahwin dengan Saidina Othman.
3. Umi Kalsum -- berkahwin dengan Saidina Othman.
4. Fatimah --  berkahwin dengan Saidina Ali.
5. Kasim.-- ( mati swaktu kecil ).
6. Abdullah -- ( mati sewaktu kecil ).
7.  Seorang lagi anak Rasulullah adalah dengan Mariyatul Qibtiyah. Iaitu Ibrahim -- ( mati kecil )

Tuesday, June 22, 2010

KISAH TAULADAN

LUQMAN  DAN ANAKNYA DENGAN SEEKOR HIMAR

Mari kita baca. Mudah-mudahan dapat pengajaran...


Pada suatu hari, Luqman keluar bersama anaknya dengan membawa seekor himar. Tiba-tiba ditengah jalan bertemu dengan seorang laki-laki, dan orang itu berkata, "Alangkah bodohnya dua orang itu, suka berjalan kaki dengan tidak seorang pun menaiki himar itu, sedangkan keadaan himar itu cukup sihat dan kuat."
Lalu Luqman menoleh kepada anaknya seraya berkata, "Perhatikanlah hai anak ku apa kata orang itu?"


Kemudian naiklah Luqman ke atas himarnya dan anaknya berjalan dibawahnya
sambil meneruskan perjalanan. Selang beberapa ketika, tiba-tiba bertemu pula dengan
dua orang perempuan.
Salah seorang perempuan itu berkata kepada kawannya, " Tengoklah itu seorang ayah yang kejam, ia bersuka-suka menaiki himar sebagai raja sedangkan anaknya dibiarkan dibawahnya berjalan kaki seperti hamba sahaya."
Maka dengan segera Luqman pun menghentikan himarnya dan menoleh kepada anaknya sambil
berkata, "Dengarkah apa kata orang itu?"


Kemudian anaknya pun dinaikkan bersama ke atas keldai itu dan mereka meneruskan perjalanan. Tidak berapa lama kemudian, mereka bertemu pula dengan sekumpulan orang yang balik dari kota.
Diantara mereka ada yang berteriak dengan katanya, "Lihatlah dua orang yang kejam itu, dua orang yang berbadan besar, menaiki seekor himar yang kecil, seakan-akan mereka hendak membunuhnya."
Maka Luqman pun menoleh kepada anaknya sambil berkata, "Tahukah engkau apa kata orang itu?"


Kemudian Luqman pun turun dan tinggal anaknya diatas himar itu dan mereka meneruskan perjalanan.
Apabila sampai disuatu tempat, mereka bertemu pula dengan seorang lelaki tua yang sedang berjalan
dengan tongkatnya.
Maka apabila orang tua itu terlihat seorang anak menaiki himar, sedang ayahnya berjalan kaki dibawahnya, maka dengan tidak sabar lagi, dia mengangkat tongkatnya dan diacukan ke arah muka anak itu sambil berkata, "Wahai anak yang kurang ajar dan biadab, tidakkah engkau malu, engkau duduk diatas himar seperti raja, sedangkan ayahmu yang tua berjalan kaki dibawah mu seperti hamba sahaya?"


Apabila terdengar suara yang demikian kerasnya dari orang tua tersebut, maka anak itu pun turun dengan segera dan terus memeluk ayahnya sambil menangis dan berkata, "Wahai ayah ku! bukankah baik kalau himar ini kita letak diatas sekeping papan dan kita pikul ia diatas kepala kita? atau kita galikan sebuah lubang dan kita kuburkan dia hidup-hidup?"


Maka Luqman berkata, "Wahai anakku! bukankah sudah aku katakan kepada engkau,
"Buatlah segala amal kebaikan bagimu, agama mu dan dunia mu, dan jangan
ambil peduli dengan manusia, dan jangan dengarkan kata-kata dan celaan mereka itu."
"Ketahuilah hai anak ku! bahawa sesungguhnya dengan kejadian-kejadian ini aku hendak
memberi pengajaran kepadamu dan menunjukkan kebenaran pesanan ku."

Sunday, June 20, 2010

NASIHAT

Wahai anak-anak ku...jadikanlah pegangan dalam hidup.
Sebahagian daripada wasiat Luqman terhadap anaknya...

1 .Wahai anak ku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah itu,
aniaya yang amat besar.

2.- Wahai anak ku! Sesungguhnya jika ada amalan engkau seberat biji sawi yang tersembunyi didalam batu atau dilangit atau dibumi,nescaya dibalasnya oleh Allah. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui.

3.- Wahai anak ku! Kerjakanlah sembahyang. Suruhlah orang melakukan amar makruf (yang baik) dan laranglah dia daripada melakukan kemunkaran (haram). Serta bersabarlah atas cubaan yang menimpa engkau, sesungguhnya yang demikian itu sesuatu yang diwajibkan Allah.

4.- Hendaklah engkau bersederhana dalam perjalanan engkau dan rendahkanlah suara engkau...kerana seburuk-buruk suara adalah suara himar (keldai).

5.- Wahai anak ku! Jadikanlah taqwa kepada Allah sebagai perniagaan, nescaya akan datang kepada engkau keuntungan, tanpa barang jualan.

6.- Wahai anakku janganlah engkau tangguhkan bertaubat, kerana mati itu datang mengejut.

7 - Wahai anak ku! Janganlah engkau menjadi seperti benda yang manis, nanti engkau akan ditelan orang... dan jangan pula sebagai benda yang pahit maka engkau dimuntahkan orang

8 - Wahai anak ku! Permulaan marah itu gila...dan akhirnya penyesalan.

9. - Wahai anak ku! Peliharalah diri mu daripada hutang. Sesungguhnya hutang itu menjadikan kamu hina disiang hari.dan dukacita diwaktu malam.

10.- Wahai anak ku! Sesungguhnya dunia ini laksana laut yang dalam dan telah banyak manusia tenggelam didalamnya. Maka jadikanlah perahumu daripada taqwa kepada Allah, isinya dengan iman kepada Allah, dan layarnya tawakal kepada Allah. Mudah-mudahan engkau akan selamat...

NASYID JAWA

bocah orak sekolah,
kerjane orak genah,
lungo dolan turut omah,
kiwo tengen tanggane susah.

wes gedi orak gelem ngaji,
lungo dolan awan lan wengi,.
suwi-suwi jalok rabi,
doa adus pun orak reti.

wes tuwo gareklah pikon,
nek ngaji dituntun-tuntun,
esek nom kerjane nonton,
wes tuwo gareklah getun.

kuwilah oleh-ollehe ,
wong urip karepe dewe,
orak maton mareng kancane,
wes tuwo garek nelangsane.

Saturday, June 12, 2010

LAMAN MENGENALI BAHASA JAWA

Tiba-tiba pagi ini tergerak hati saya untuk berkongsi bahasa keturunan saya iaitu bahasa jawa. Memandangkan pada masa kini sudah banyak generasi muda sudah berkahwin campur...tidak terkecuali anak-anak saya juga...Maka bahasa jawa sudah semakin dilupakan dan tidak diketahui.
Maka artikel ini saya poskan untuk tatapan anak-anak saya serta generasi baru yang berketurunan Jawa supaya bahasa yang lama tidak dilupakan.



Pantun Dua Kerat

" Omae umi omah papan,
Mangan mee jero pinggan "

" Rumah umi rumah papan, 
Makan mee dalam pinggan "



____________________________________________

Perkataan Harian :

1.  Monggo = Sila                               
2.  Mampir = Singgah                           
3.  Kabare = Apa Khabar                    
4. Waras = Sihat
5. Wes = Dah
6. Mangan = Makan                        
7. Whurung = Belum
8. Awan = Siang
9. Bengi = Malam
10. Isuk = Pagi
11. Sore = Petang
12. Aku = saya.
13. Kowe = awak
14. De'e. = dia
15. Kito = kita
16. ngompol = kencing malam
17. Ngaleh = ke tepi
18. Nja gong = duduk
19. Ngadek = berdiri
20. Turu = tidur
21. Turon-turon = baring-baring
22. Adus = Mandi
23. Lungo = Pergi                  
24.  Rampong = Siap
25.  Melek = Celik
26.  Melayu = Lari
27.  Ciwek = Mudah menangis
28.  Kondangan = Undangan perkahwinan
29.  Rewang = Gotong-royong majlis kenduri
30.  Muyi = Memberi wang kepada ibu yang baru bersalin
31. Gereh = Ikan masin
32. Lanang = Lelaki
33. Wedok = Perempuan
34. Bocah = Budak
35. Gedi = Besar
36. Cilik = Kecil
37. Mateng = Masak
38. Ngeliwet = Masak nasi
39. Endok = Telur
40. Nguyoh = Buang air kecil
41. Ngiseng = Buang air besar
45. Jalok = Minta
46. Ngapuro = Maaf


Anggota Awak = Anggota  Tubuh Badan :

1. Endas = Kepala
2. Raie = Muka
3. Moto = Mata
4. Irung = Hidung
5. Cangkem = Mulut
6. Pipi = Pipi
7. Kuping = Telinga
8. Lambe = Bibir
9. Ilat = Lidah
10. Gulu = Leher
11. Dodo = Dada
12. Weteng = Perut
13. Wudel = Pusat   
14. Tangan = Tangan
15. Sikil = Kaki
16. Kempol = Betis
17. Jempol = Ibu jari tangan
18. Jentik = Jari kelingking 
19. Bokong = Ponggong
20. Untu = Gigi


Perkataan-perkataan Lain :

1. Ngobrol = bersembang
2. Mentong = makan semula selepas waktu makan
3.Ngences = air liur bayi yang kerap keluar
4. Nandor = menanam
5. Kapan = bila
6. Nganggo = pakai
7. Resik = bersih
8. Dadi = jadi
9. Ngomong = cakap
10. Wong = orang
11. Wedik = takut
12. Adoh = jauh
13. Cepak = dekat
14. Dino = hari
15. Entuk = dapat
16. Kepingin = teringin
17.Melaku = berjalan
18. Ngapus = menipu
19. Sukak = suka
20. Kabeh = semua.
21. Kulon = barat.
22. Wetan = timur.
23. Lor =  utara.
24. Kidul = selatan.

____________________________________________

Perbualan Harian :

1. "Seko endi?" = Dari mana?
    "Seko ngomah" = Dari rumah

2. "Teko kambek sopo?" = Datang dengan siapa?
    "Kambek emak" = Dengan emak

3. "Kuwie gowo opo?" =  itu apa yang dibawa ?
    "Gowo panganan" = Bawa makanan

4. "Panganan opo?" = Makanan apa?
    "Gethuk ubi" = Sejenis makanan yang diperbuat drpd ubi

5. "Kuwie yo enak" = Itu ya..sedap

6. "Wes suwi orak mangan" = Dah lama tak makan

7. "Gowo rene" = Bawalah ke sini

8. "Aku arek mangan" = Saya nak makan

9. "Jikokke wedang" = Ambilkan air

10. "Aku arek ngombe" = Saya nak minum