KEK REBUS
Bahan- bahan:-
16 biji telur
700 gm tepung gandum
700 gm gula
700 gm majerin
700 gm buah-buahan campuran
1 sudu serbuk vanila
4 sudu golden syrup
Cara membuatnya;-
1. Pukul putih telur sampai kembang, kemudian masukkan gula pukul lagi sampai berbuih.
2. majerin dipukul hingga cair, kemudian masukkan merah telur satu-satu kacau rata.
3. Campurkan putih telur jadikan satu kacau perlahan.
4. Masukkan tepung dan buah-buahan campuran berselang.
5. Gunakan tin milo sedang, isi 3/4 bahagian tutup rapat, ikat ketat keliling supaya tidak terbuka,
6. Susun tin yang berisi adunan dalam periuk besar, isi air secukupnya dan rebus selama 4jam.
tutup rapat tindih diatasnya dengan lesung batu.
Cara mengeluarkannya buka tin dari sebelah bawah.
KUIH BANGKIT
Bahan-bahan;-
3 kati tepung sagu/ ubi
1 kati gula
2 biji telur
1/2 buku butter
2 biji telur
500 ml santan pekat
secubit garam, bijan, dan daun pandan
Cara membuatnya;-
1. Sangan (goreng tanpa minyak) tepung ubi ketepikan biar sejuk.Kemudian baru diayak.
2. Gula,santan pekat , daun pandan dan secubit garam, dimasak sehingga gula hancur,sambil dikacau,bila buih naik keatas tutup api, pastikan ia benar-benar sejuk.
3. Pukul sebentar batter dan telur, kemudian masukkan santan yang dimasak tadi kacau sampai betul-betul rata, kemudian masukkan tepung sedikit-sedikit sambil diuli , tepung tidak perlu dihabiskan , agak tidak melekat ditangan, ketepikan , tutup adunan dengan tuala basah, dalam masa 1/2 jam ,bolehlah diterap, supaya kelihatan lebih berseri tabur atasnya sedikit bijan, barulah boleh dibakar.
KEK OREN SUNQUICK
Bahan-bahan;-
2 cawan gula halus
2 cawan butter
2 cawan tepung gandum (membumbung/ penuh)
2 sudu susu pekat
2 sudu oren sunquick
Cara membuatnya;-
1. Pukul butter dengan gula halus hingga kembang
2. Masukan telur sebiji-sebiji dan pukul lagi sehingga adunan betul-betul halus dan kembang
3. Masukan susu pekat sambil dikacau , akhir sekali masukan oren sunquick, kacau lagi sahingga rata
4. Panaskan oven, bakar sehingga masak.
5. Untuk mengetahui sama ada kek masak atau tidak, cucuk ditengah-tengahnya guna lidi sate yg bersih, sekiranya adunan tidak melekat pada lidi, ia menunjukan telah masak.
Sedapnya kek rebus..
ReplyDeleteNak sikit
Alah.... cik min tak buat, takda bekas lagi nak buat, tulis resipi je.tapi keknya insya Allah sedap dan senang nak potong.
ReplyDelete