Saturday, August 7, 2010

AKIBAT TINGGAL SOLAT

Meniggalkan solat akan jadi babi hutan diakhirat.

DIRIWAYATKAN bahawa ada seorang lelaki sedang berjalan-jalan disebuah kampung dan pada suatu hari dia ditemani oleh syaitan sehingga dia tidak mengerjakan solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak.Ketika telah tidur maka tertidurlah lelaki itu dan syaitan pun lari meninggalkannya.

         Lelaki iti bertanya: "Mengapa engkau meninggalkan aku? Syaitan menjawab: "Sungguh aku telah menderhakai Allah s.w.t seumur hidupku hanya sekali maka aku menjadi makhluk yang terkutuk, sedang engkau dalam satu hari sahaja telah menderhakai lima kali, maka aku mendapat murka dan herdiknya sebab perlakuan derhakamu."

Sementara itu diriwayatkan bahawa pada suatu hari, Rasullullah s.a.w. duduk bersama sahabatnya maka datanglah seorang pemuda daripada bangsa Arab masuk kepintu masjid dengan menangis. Maka Rasulullah bertanya: "Kenapa kamu menangis?"
          Anak muda itu menjawab: "Wahai Rasulullah ayah saya telah meninggal dunia dan tidak mempunyai kain kafan dan tidak ada pula yang memandikan."

          Maka Rasulullah s.a.w. menyuruh Saiyida Abu Bakar dan Umar r.a melihat mayat itu , maka mereka dapati mayat itu berubah seperti babi hutan yang hitam. Kedua-dua sahabat tadi kembali menemui Rasulullah s.a.w. seraya berkata: "Wahai Rasulullah, sungguh kami lihat mayat itu seperti babi hutan yang hitam."

Maka Rasulullah s.a.w. pun pergi kepada jenazah itu kemudian berdoa sehingga mayat itu menjadi bentuk manusia semula dan Rasulullah s.a.w. pun turut menyembahyangkannya. Dan ketika orang mahu menguburkannya   mereka melihat mayat itu berubah lagi menjadi babi hutan yang hitam. Kepada anak muda itu Rasulullah s.a.w.bertanya: "Perbuatan apakah yang dilakukan oleh ayahmu ketika ia hidup?".
Anak muda itu menjawab: "Ayah saya meninggalkan solat."

           Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hai sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan solat akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. di hari kiamat seperti babi hutan yang hitam."

No comments:

Post a Comment