Wahai anak-anak ku...jadikanlah pegangan dalam hidup.
Sebahagian daripada wasiat Luqman terhadap anaknya...
1 .Wahai anak ku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah itu,
aniaya yang amat besar.
2.- Wahai anak ku! Sesungguhnya jika ada amalan engkau seberat biji sawi yang tersembunyi didalam batu atau dilangit atau dibumi,nescaya dibalasnya oleh Allah. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui.
3.- Wahai anak ku! Kerjakanlah sembahyang. Suruhlah orang melakukan amar makruf (yang baik) dan laranglah dia daripada melakukan kemunkaran (haram). Serta bersabarlah atas cubaan yang menimpa engkau, sesungguhnya yang demikian itu sesuatu yang diwajibkan Allah.
4.- Hendaklah engkau bersederhana dalam perjalanan engkau dan rendahkanlah suara engkau...kerana seburuk-buruk suara adalah suara himar (keldai).
5.- Wahai anak ku! Jadikanlah taqwa kepada Allah sebagai perniagaan, nescaya akan datang kepada engkau keuntungan, tanpa barang jualan.
6.- Wahai anakku janganlah engkau tangguhkan bertaubat, kerana mati itu datang mengejut.
7 - Wahai anak ku! Janganlah engkau menjadi seperti benda yang manis, nanti engkau akan ditelan orang... dan jangan pula sebagai benda yang pahit maka engkau dimuntahkan orang
8 - Wahai anak ku! Permulaan marah itu gila...dan akhirnya penyesalan.
9. - Wahai anak ku! Peliharalah diri mu daripada hutang. Sesungguhnya hutang itu menjadikan kamu hina disiang hari.dan dukacita diwaktu malam.
10.- Wahai anak ku! Sesungguhnya dunia ini laksana laut yang dalam dan telah banyak manusia tenggelam didalamnya. Maka jadikanlah perahumu daripada taqwa kepada Allah, isinya dengan iman kepada Allah, dan layarnya tawakal kepada Allah. Mudah-mudahan engkau akan selamat...
insya-Allah, akan diusahakan untuk beramal dengan wasiat yang disampaikan ツ
ReplyDelete