Sekumpulan ulamak mangadap Saiyidina Ali
mereka mula bertanya tentang ilmu.
Ulamak 1 bertanya ; Manakah yang lebih utama
ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a Ilmu.kerana ilmu lebih utama
daripada harta; ilmu itu
pusaka
nabi-nabi., sedang harta
pusaka
Karun Syaddad dan Fir'aun.
Ulamak 2 bertanya ; Manakah yang lebih utama
ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a Ilmu, kerana ilmu memelihara
engkau
sedangkan harta engkaulah
yang harus memeliharanya.
Ulamak 3 bertanya : Manakah yang lebih utama
ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a : Ilmu,kerana
harta menyebabkan banyak
musuh,ilmu menyebabkan
banyak teman dan sahabat.
.
Ulamak 4 bertanya : Manakah yang lebih utama
ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a : Ilmu,kerana harta makin
dikeluarkan makin kurang,
sedang ilmu makin
dikeluarkan makin
bertambah.
Ulamak 5 bertanya : Manakah yang lebih utama
ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a : Ilmu, kerana orang punya
harta kadang-kadang
dapat dipanggil nama kikir
dan kedekut sedang orang
yang punya ilmu dipanggil
dengan nama megah dan
mulia.
Ulamak 6 bertanya : Manakah yang lebih utama
ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a : Ilmu.kerana harta banyak
pencurinya,dan ilmu tidak
ada pencurinya.
Ulamak 7 bertanya : Manakah yang lebih utama
ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a : Ilmu, kerana orang yang
punya harta dihisab pada
hari kiamat, sedang orang
yang punya ilmu diberi
syafaat pada hari kiamat.
Ulamak 8 bertanya : Manakah yang lebih utama
ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a Ilmu, kerana harta boleh
habis kerana lama
masanya, sedang ilmu
tidak boleh habis
meskipun tidak
ditambah.
Ulamak 9 bertanya : Manakah yang lebih utama
ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a : Ilmu, kerana ilmu membuat
hati yang punya terang
benderang sedangkan
harta membuat
kasar hati yang punya.
Ulamak 10 bertanya : Manakah yang lebih utama
ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a : Ilmu, sebab orang yang
mempunya ilmu termasuk
ibadah,yang diberi pahala
oleh tuhan,sedangkan
orang mempunyai harta
termasuk rubudiyah
,
No comments:
Post a Comment