Thursday, July 1, 2010

MUHASABAH DIRI

Keburukan Banyak Makan :
1.- Keras hati
2.- Segala anggota suka melakukan kejahatan
3.- Tidak faham ilmu, membinasakan kecerdikan dan kepintaran
4.- Berat badan untuk melakukan ibadat dan mata mengantuk
5.- Menghilangkan nikmat ibadat
6.- Ditakuti jatuh kepada haram atau syubhah
7.- Menyusahkan - kerana mencari dan menyediakan
8.- Boleh menyebabkan sakit yang bersangatan ketika mati
9.- Mengurangkan pahala di akhirat

Nafsu
Engkau ciptakan Firaun, Haman dan Qarun.
Mereka adalah sebesar-besar penderhaka terhadap mu
Namun engkau kurniakan dunia seluruhnya kepada mereka

Itulah tandanya
Dunia ini tidak melebihi sebelah sayap nyamuk pada sisi Mu
Tapi nafsu kami masih juga terliur
Melihat keagungan Firaun, kepintaran Hamman dan kekayaan Qarun
Nafsu masih inginkan
Sayap nyamuk yang sebelah itu
Nafsu sangat sabar menyembunyikan laparnya
Sesekali ia menghantar isyarat jika engkau menjawab
ia akan bangun
Dikala itu engkau akan tertawan

Nafsu umpama sebuah kenderaan
Enjinnya ialah tamak
Rodanya dengki dan khianat
Sterengnya ialah tipudaya
Bila kenderaan ini berjalan
Ia meninggalkan asap kotor dibelakang
Tetapi pemandu asyik memandang kehadapan
Tidak pernah melihat pencemaran yang ditinggalkan

Nafsu adalah sebahagian daripada diri mu
Ia boleh diam dan tidur tetapi tidak berputus asa
Perlulah engkau sentiasa berwaspada

No comments:

Post a Comment