Sembahyang tarawih:-
Kelebihan 20 rakaat sembahyang tarawih, bererti ia bersujud sebanyak 40 kali , sujud dalam semalam (1 rakaat adalah 2x sujud ) jika selama satu bulan berarti ia bersujud sebanyak 1200 kali sujud. Maka ketika bulan ramadhan kita bersujud lebih dari 1000 kali sujud. Dan Rasulullah S.A.W bersabda " Keadaan yang paling dekat antara seorang hamba dengan Allah S.W.T yaitu ketika dia sedang sujud "
Ramadhan adalah bulan seribu sujud , semuga kita dimuliakan oleh Allah dengan kemuliaan bulan seribu sujud, dan semoga Allah Subhanahu wata'ala limpahkan kepada kita pengampunan dan pembebasan dari api neraka, amin .
Makan sahur;-
Waktu sahur usahakan banyak makan manis-manis kerana ia mengenyangkan . Oleh itu Rasulullah memakan kurma kerana kurma itu sangat manis dan mengenyangkan, dan tidak ada gunanya jika banyak makan disaat sahur kerana tetap sahaja makanan tidak dicerna oleh tubuh kecuali sesuai kebutuhan saja dan selebihnya terbuang, perbanyakkan minum air, kerana minuman itu akan masuk keseluruh jaringan sel tubuh kita dan akan memberi kekuatan disiang hari.
Petikan;- Habib Munzir Almusawa
No comments:
Post a Comment