Tuesday, July 13, 2010

SENAMAN

Kalau orang suruh kita bersenam kita selalu kata tak ada masa. Cubalah.....luangkan masa untuk bersenam...sebagaimana kita luangkan masa untuk bersolat. Senaman itukan untuk kesihatan. Nak sedapkan hati sendiri sebab malas bersenam...selalu beri alasan kerja rumah sudah dikira bersenam juga. Sebenarnya ia masih tidak cukup. Membebellah Cik Min ni sorang...marahkan diri sendiri. Jom... kita jadikan senaman sebagai rutin harian untuk kesihatan badan.

1. Berjalan perlahan / Berjalan dengan pantas.
    Boleh dilakukan pada bila bila masa dan dimana sahaja tempat yang selamat.

2. Senaman Regangan.
    Lakukan senaman regangan setiap hari.


REGANGAN KEPALA DAN LEHER
1. Tunduk dan dongakkan kepala.
2.  Serongkan kepala hingga telinga mencecah ke bahu kiri dan kanan.
3. Pusingkan kepala anda kearah bahu kanan dan kiri.


REGANGAN BAHU
1. Putarkan bahu anda kearah hadapan.
2. Kemudian kearah belakang.
3. Naik dan turunkan bahu anda..


REGANGAN TANGAN
1. Tangkupkan kedua belah tapak tangan angkat dan turunkan tangan anda dengan meluruskan siku anda.
2. Tangkupkan kedua belah tapak tangan dengan siku dibengkokkan, gerakkan tangan ke kanan kemudian kekiri.
3.. Gerakkan tangan yang digenggam ke kanan, kemudian ke kiri, dengan meluruskan siku.

REGANGAN JARI
1. Pegang hujung jari dan tarik perlahan-lahan.
2. Genggam dan buka genggaman.
3. Pusingkan tapak tangan anda ke bawah
4. Buka dan jarakkan ibu jari, kemudian tutup dan rapatkannya.


REGANGAN KAKI
1. Duduk diatas kerusi dengan bersilang lutut. Putarkan kaki mengikut putaran jam, kemudian sebaliknya.
2. Naikkan kaki kanan anda untuk meluruskan lutut
3. Gerakkan kaki anda ke sisi kemudian bawakan kaki kembali ketengah, kemudian lakukan sebaliknya.
4. Duduk diatas kerusi dengan lutut bersilang.Gerakkan kaki anda ke atas dan ke bawah di pergelangan kaki.
5. Gerakkan kaki anda ke depan dan letakkan tumit kaki di atas lantai.
6. Jika kaki anda tidak boleh di gerakkan, silangkan kaki yang sakit keatas kaki yang baik dan putarkan pergelangan kaki dengan tangan..


Rujukan : Buku (Senaman Ke Arah Warga Tua Cergas)

No comments:

Post a Comment