Friday, July 2, 2010

HARI KIAMAT

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam...


"Sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentangnya, tetapi kebanyakan manusia tidak beriman" -- Surah Al-Mukmin, ayat 59.


Untuk peringatan diri saya dan sesiapa yang sudi membacanya...


Mengenai tanda-tanda awal kiamat, dapat kita ketahui dari beberapa keterangan yang diringkaskan seperti berikut:                                                                                                      
  1. Setiap tahun bertambah keburukan dan berkurang kebaikan.
  2. Jumlah manusia jahat diumpamakan "999 orang dalam 1000"
  3. Perjalanan waktu terasa pendek atau cepat;  Setahun terasa sebulan, sebulan terasa seminggu, seminggu terasa sehari dan seterusnya.
  4. Tidak tahu lagi membezakan baik buruk, halal haram (susah nak membezakan antara yang buruk dengan yang baik).
  5. Sembahyang hampir tidak dipedulikan lagi.
  6. Bilangan wanita mengatasi bilangan lelaki.
  7. Zakat dipandang satu perkara yang menyusahkan semata- mata.
  8. Lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita, saling berhubungan seks sama sejenis.
  9. Masjid besar dan cantik...tetapi yang sembahyang berkurangan dan sembahyang dikerjakan tanpa ikhlas dan jujur.
  10. Nyawa dan darah manusia tidak bernilai lagi, pembunuhan berleluasa terjadi, peperangan sudah seperti permainan antara puak-puak dan golongan-golongan manusia.
  11. Si kaya pergi ke mekah sekadar untuk melancong, manakala orang pertengahan pergi haji kerana berniaga, sementara orang miskin pergi untuk meminta sedekah .
  12. Nafsu syaitan bermaharajalela.
  13. Anak-anak tidak lagi patuh kepada ibu bapa, orang tua tidak dapat penghormatan lagi.
  14. Lenyap dan hapus kejujuran dalam bersahabat.
  15. Orang-orang beriman tidak terdaya berbuat apa pun terhadap maksiat yang berlaku disekelilingnya.
  16. Puncak dari tanda-tanda awal ini ialah sikap manusia sendiri yang semakin angkuh dan sombong kerana merasa telah terlalu pandai dan berkuasa.


Semua ini adalah tanda-tanda awal akan hampir berlakunya kiamat sebelum tibanya tanda-tanda akhir seperti; Lahirnya Dajjal, Yakjuj dan Makjuj, matahari terbit dari barat, keluar binatang "Dabbah" yang menempelak manusia dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment