Sifat iman kita menaik dan menurun.
Beramal soleh adalah sebaik-baik makhluk.
Jom....kita ingat semula sedikit sebanyak
ilmu yang kita dah tau dulu.
Mudah-mudahan dapat menambah iman kita.
RUKUN IMAN ENAM PERKARA
1. Percayakan Allah.
2. Percayakan malaikat-malaikatnya.
3. Percayakan kitab-kitabnya
4. Percayakan rasul-rasulnya.
5. Percayakan hari kiamat
6. Percayakan bahawa perkara baik atau buruk yang berlaku (qada' dan qadar) itu adalah dengan
kehendak dan ketetapan daripada Allah.
RUKUN ISLAM LIMA PERKARA
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Sembahyang sehari semalam lima waktu.
3. Memberi zakat ( dan fitrah ).
4. Puasa Ramadhan.
5. Mengerjakan haji ke Baitullah.
SEPULUH MALAIKAT YANG WAJIB DIKETAHUI
1. Jibrail pekerjaannya membawa wahyu.
2. Mikail pekerjaannya membawa rezeki.
3. Israfil pekerjaannya meniup sangkakala.
4. Izrail pekerjaannya mengambil nyawa.
5. Munkar dan Nakir pekerjaannya menyoal mayat didalam kubur.
7. Ridhwan pekerjaannya menjaga syurga.
8 Malik pekerjaannya menjaga neraka.
9. Raqib pekerjaannya menulis amal kebajikan.
10. A'tid pekerjaannya menulis amal kejahatan.
BILANGAN NABI-NABI DAN RASUL-RASUL
Adapun bilangan nabi-nabi itu mengikut sesetengah ulamak ialah 24 ribu orang. Bilangan rasul- rasul itu 313 orang. Maka tersebut nama mereka didalam Al-Quran ialah 25 orang.
1. Adam.
2. Idris.
3. Nuh.
4. Hud.
5. Soleh.
6. Ibrahim.
7. Lut.
8. Ismail.
9. Ishaq.
10. Ya'kob.
11. Yusuf.
12. Ayub.
13. Syuib.
14. Harun.
15. Musa.
16.Ilyasa'
17. Zulkifli.
18. Daud.
19. Sulaiman.
20. Ilyas.
21. Yunus.
22. Zakaria.
23. Yahya.
24. Isa.
25. Nabi Muhammad saw.
KETURUNAN NABI MUHAMMAD SAW DI SEBELAH BAPANYA
Muhammad anak Abdullah anak Abdul mutalib anak Abdi Manaf anak Qusai anak Kilab anak Ka'ab anak Luwai anak Gholib anak Fihr anak Malik anak Kinanah anak Khuzaimah anak Mudrikah anak Ilyas anak Mudhor anak Nizar anak Ma'ad anak Adnan.
KETURUNAN NABI MUHAMMAD SAW DI SEBELAH IBUNYA
Muhammad anak Aminah anak Wahab anak Abdi Manaf anak Zahrah anak Kilab, (Iaitu Kilab tersebut pada keturunannya dari sebelah bapanya ). Pada Kilab inilah bertemu nasab (keturunan) bapa nabi dan ibunya.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH
1. Khadijah binti Khuwailid.
2. Saudah binti Zam'ah.
3. A'isyah binti Abu Bakar.
4. Hafsah binti Umar.
5. Ummu Salamah Hindun binti Abi Umaiyah.
6. Zainab binti Jahsyin.
7. Juwairiah binti Al-Harith.
8. Maimunah binti Al-Harith.
9. Sofiah binti Huyai.
10. Zainab binti Khuzaimah.
11. Mariatul Qibtiyah.
PUTRA - PUTRA DAN PUTRI-PUTRI RASULULLAH
Rasullullah mempunyai tujuh orang anak, enam daripada mereka adalah anak daripada isterinya Saidatina Khadijah, iaitu ;-
1. Zainab -- Isteri Abul As.
2. Rukiah -- berkahwin dengan Saidina Othman.
3. Umi Kalsum -- berkahwin dengan Saidina Othman.
4. Fatimah -- berkahwin dengan Saidina Ali.
5. Kasim.-- ( mati swaktu kecil ).
6. Abdullah -- ( mati sewaktu kecil ).
7. Seorang lagi anak Rasulullah adalah dengan Mariyatul Qibtiyah. Iaitu Ibrahim -- ( mati kecil )
Sunday, June 27, 2010
Tuesday, June 22, 2010
KISAH TAULADAN
LUQMAN DAN ANAKNYA DENGAN SEEKOR HIMAR
Mari kita baca. Mudah-mudahan dapat pengajaran...
Pada suatu hari, Luqman keluar bersama anaknya dengan membawa seekor himar. Tiba-tiba ditengah jalan bertemu dengan seorang laki-laki, dan orang itu berkata, "Alangkah bodohnya dua orang itu, suka berjalan kaki dengan tidak seorang pun menaiki himar itu, sedangkan keadaan himar itu cukup sihat dan kuat."
Lalu Luqman menoleh kepada anaknya seraya berkata, "Perhatikanlah hai anak ku apa kata orang itu?"
Kemudian naiklah Luqman ke atas himarnya dan anaknya berjalan dibawahnya
sambil meneruskan perjalanan. Selang beberapa ketika, tiba-tiba bertemu pula dengan
dua orang perempuan.
Salah seorang perempuan itu berkata kepada kawannya, " Tengoklah itu seorang ayah yang kejam, ia bersuka-suka menaiki himar sebagai raja sedangkan anaknya dibiarkan dibawahnya berjalan kaki seperti hamba sahaya."
Maka dengan segera Luqman pun menghentikan himarnya dan menoleh kepada anaknya sambil
berkata, "Dengarkah apa kata orang itu?"
Kemudian anaknya pun dinaikkan bersama ke atas keldai itu dan mereka meneruskan perjalanan. Tidak berapa lama kemudian, mereka bertemu pula dengan sekumpulan orang yang balik dari kota.
Diantara mereka ada yang berteriak dengan katanya, "Lihatlah dua orang yang kejam itu, dua orang yang berbadan besar, menaiki seekor himar yang kecil, seakan-akan mereka hendak membunuhnya."
Maka Luqman pun menoleh kepada anaknya sambil berkata, "Tahukah engkau apa kata orang itu?"
Kemudian Luqman pun turun dan tinggal anaknya diatas himar itu dan mereka meneruskan perjalanan.
Apabila sampai disuatu tempat, mereka bertemu pula dengan seorang lelaki tua yang sedang berjalan
dengan tongkatnya.
Maka apabila orang tua itu terlihat seorang anak menaiki himar, sedang ayahnya berjalan kaki dibawahnya, maka dengan tidak sabar lagi, dia mengangkat tongkatnya dan diacukan ke arah muka anak itu sambil berkata, "Wahai anak yang kurang ajar dan biadab, tidakkah engkau malu, engkau duduk diatas himar seperti raja, sedangkan ayahmu yang tua berjalan kaki dibawah mu seperti hamba sahaya?"
Apabila terdengar suara yang demikian kerasnya dari orang tua tersebut, maka anak itu pun turun dengan segera dan terus memeluk ayahnya sambil menangis dan berkata, "Wahai ayah ku! bukankah baik kalau himar ini kita letak diatas sekeping papan dan kita pikul ia diatas kepala kita? atau kita galikan sebuah lubang dan kita kuburkan dia hidup-hidup?"
Maka Luqman berkata, "Wahai anakku! bukankah sudah aku katakan kepada engkau,
"Buatlah segala amal kebaikan bagimu, agama mu dan dunia mu, dan jangan
ambil peduli dengan manusia, dan jangan dengarkan kata-kata dan celaan mereka itu."
"Ketahuilah hai anak ku! bahawa sesungguhnya dengan kejadian-kejadian ini aku hendak
memberi pengajaran kepadamu dan menunjukkan kebenaran pesanan ku."

Sunday, June 20, 2010
NASIHAT
Wahai anak-anak ku...jadikanlah pegangan dalam hidup.
Sebahagian daripada wasiat Luqman terhadap anaknya...
1 .Wahai anak ku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah. Sesungguhnya mempersekutukan Allah itu,
aniaya yang amat besar.
2.- Wahai anak ku! Sesungguhnya jika ada amalan engkau seberat biji sawi yang tersembunyi didalam batu atau dilangit atau dibumi,nescaya dibalasnya oleh Allah. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui.
3.- Wahai anak ku! Kerjakanlah sembahyang. Suruhlah orang melakukan amar makruf (yang baik) dan laranglah dia daripada melakukan kemunkaran (haram). Serta bersabarlah atas cubaan yang menimpa engkau, sesungguhnya yang demikian itu sesuatu yang diwajibkan Allah.
4.- Hendaklah engkau bersederhana dalam perjalanan engkau dan rendahkanlah suara engkau...kerana seburuk-buruk suara adalah suara himar (keldai).
5.- Wahai anak ku! Jadikanlah taqwa kepada Allah sebagai perniagaan, nescaya akan datang kepada engkau keuntungan, tanpa barang jualan.
6.- Wahai anakku janganlah engkau tangguhkan bertaubat, kerana mati itu datang mengejut.
7 - Wahai anak ku! Janganlah engkau menjadi seperti benda yang manis, nanti engkau akan ditelan orang... dan jangan pula sebagai benda yang pahit maka engkau dimuntahkan orang
8 - Wahai anak ku! Permulaan marah itu gila...dan akhirnya penyesalan.
9. - Wahai anak ku! Peliharalah diri mu daripada hutang. Sesungguhnya hutang itu menjadikan kamu hina disiang hari.dan dukacita diwaktu malam.
10.- Wahai anak ku! Sesungguhnya dunia ini laksana laut yang dalam dan telah banyak manusia tenggelam didalamnya. Maka jadikanlah perahumu daripada taqwa kepada Allah, isinya dengan iman kepada Allah, dan layarnya tawakal kepada Allah. Mudah-mudahan engkau akan selamat...

NASYID JAWA
bocah orak sekolah,
kerjane orak genah,
lungo dolan turut omah,
kiwo tengen tanggane susah.
wes gedi orak gelem ngaji,
lungo dolan awan lan wengi,.
suwi-suwi jalok rabi,
doa adus pun orak reti.
wes tuwo gareklah pikon,
nek ngaji dituntun-tuntun,
esek nom kerjane nonton,
wes tuwo gareklah getun.
kuwilah oleh-ollehe ,
wong urip karepe dewe,
orak maton mareng kancane,
wes tuwo garek nelangsane.
kerjane orak genah,
lungo dolan turut omah,
kiwo tengen tanggane susah.
wes gedi orak gelem ngaji,
lungo dolan awan lan wengi,.
suwi-suwi jalok rabi,
doa adus pun orak reti.
wes tuwo gareklah pikon,
nek ngaji dituntun-tuntun,
esek nom kerjane nonton,
wes tuwo gareklah getun.
kuwilah oleh-ollehe ,
wong urip karepe dewe,
orak maton mareng kancane,
wes tuwo garek nelangsane.
Saturday, June 12, 2010
LAMAN MENGENALI BAHASA JAWA
Tiba-tiba pagi ini tergerak hati saya untuk berkongsi bahasa keturunan saya iaitu bahasa jawa. Memandangkan pada masa kini sudah banyak generasi muda sudah berkahwin campur...tidak terkecuali anak-anak saya juga...Maka bahasa jawa sudah semakin dilupakan dan tidak diketahui.
Maka artikel ini saya poskan untuk tatapan anak-anak saya serta generasi baru yang berketurunan Jawa supaya bahasa yang lama tidak dilupakan.
Pantun Dua Kerat
" Omae umi omah papan,
Mangan mee jero pinggan "
" Rumah umi rumah papan,
Makan mee dalam pinggan "
____________________________________________
Perkataan Harian :
1. Monggo = Sila
2. Mampir = Singgah
3. Kabare = Apa Khabar
4. Waras = Sihat
5. Wes = Dah
6. Mangan = Makan
7. Whurung = Belum
8. Awan = Siang
9. Bengi = Malam
10. Isuk = Pagi
11. Sore = Petang
12. Aku = saya.
13. Kowe = awak
14. De'e. = dia
15. Kito = kita
16. ngompol = kencing malam
17. Ngaleh = ke tepi
18. Nja gong = duduk
19. Ngadek = berdiri
20. Turu = tidur
21. Turon-turon = baring-baring
22. Adus = Mandi
23. Lungo = Pergi
24. Rampong = Siap
25. Melek = Celik
26. Melayu = Lari
27. Ciwek = Mudah menangis
28. Kondangan = Undangan perkahwinan
29. Rewang = Gotong-royong majlis kenduri
30. Muyi = Memberi wang kepada ibu yang baru bersalin
31. Gereh = Ikan masin
32. Lanang = Lelaki
33. Wedok = Perempuan
34. Bocah = Budak
35. Gedi = Besar
36. Cilik = Kecil
37. Mateng = Masak
38. Ngeliwet = Masak nasi
39. Endok = Telur
40. Nguyoh = Buang air kecil
41. Ngiseng = Buang air besar
45. Jalok = Minta
46. Ngapuro = Maaf
Anggota Awak = Anggota Tubuh Badan :
1. Endas = Kepala
2. Raie = Muka
3. Moto = Mata
4. Irung = Hidung
5. Cangkem = Mulut
6. Pipi = Pipi
7. Kuping = Telinga
8. Lambe = Bibir
9. Ilat = Lidah
10. Gulu = Leher
11. Dodo = Dada
12. Weteng = Perut
13. Wudel = Pusat
14. Tangan = Tangan
15. Sikil = Kaki
16. Kempol = Betis
17. Jempol = Ibu jari tangan
18. Jentik = Jari kelingking
19. Bokong = Ponggong
20. Untu = Gigi
Perkataan-perkataan Lain :
1. Ngobrol = bersembang
2. Mentong = makan semula selepas waktu makan
3.Ngences = air liur bayi yang kerap keluar
4. Nandor = menanam
5. Kapan = bila
6. Nganggo = pakai
7. Resik = bersih
8. Dadi = jadi
9. Ngomong = cakap
10. Wong = orang
11. Wedik = takut
12. Adoh = jauh
13. Cepak = dekat
14. Dino = hari
15. Entuk = dapat
16. Kepingin = teringin
17.Melaku = berjalan
18. Ngapus = menipu
19. Sukak = suka
20. Kabeh = semua.
21. Kulon = barat.
22. Wetan = timur.
23. Lor = utara.
24. Kidul = selatan.
____________________________________________
Perbualan Harian :
1. "Seko endi?" = Dari mana?
"Seko ngomah" = Dari rumah
2. "Teko kambek sopo?" = Datang dengan siapa?
"Kambek emak" = Dengan emak
3. "Kuwie gowo opo?" = itu apa yang dibawa ?
"Gowo panganan" = Bawa makanan
"Gowo panganan" = Bawa makanan
4. "Panganan opo?" = Makanan apa?
"Gethuk ubi" = Sejenis makanan yang diperbuat drpd ubi
5. "Kuwie yo enak" = Itu ya..sedap
6. "Wes suwi orak mangan" = Dah lama tak makan
7. "Gowo rene" = Bawalah ke sini
8. "Aku arek mangan" = Saya nak makan
9. "Jikokke wedang" = Ambilkan air
10. "Aku arek ngombe" = Saya nak minum
Subscribe to:
Posts (Atom)