Thursday, January 27, 2011

KATA-KATA HIKMAT

Kata-kata hikmat peninggalan Saiyidina Ali r.a.

1. Bagaimana anda dapat gembira dalam hidup yang usianya semakin pendek dengan berlalunya masa setiap detik.

2.  Barang siapa berumur panjang akan meratapi kawan-kawannya.

3.  Tidak ada kegembiraan didunia ini yang tidak diikuti dengan tangisan.

4.  Setiap nafas manusia itu berdetik adalah membawanya setapak lebih dekat kepada kematian.

5.  Mahusia adalah laksana pokok.sekalipun sekeliannya disirami dengan air yang sama namun buahnya adalah berlainan.

6.  Manusia yang paling buruk sekali ialah seorang yang menyangka dirinya paling baik.

7.  Buku adalah taman para ulama.

8.  Seseorang itu belajar dengan bertanya.

9.  Jadikan diri anda seorang murid kepada setiap ulama yang anda temui.

10.  Pendidikan yang terbaik ialah sesuatu yang dapat memperbaiki diri anda.

11.  Seorang akan dianggap mulia jika ia selalu menziarahi orang-orang yang berilmu.

12.  Kejahilan adalah musuh anda yang paling utama.

13.  Seorang yang tidak pernah membaiki dirinya sendiri tidak akan dapat pula membaiki orang lain.

14.  Bagaimana anda dapat mengenali orang lain jika anda sendiri tidak dapat mengenali diri anda.

15.  Kecerdikan adalah bakat kurniaan semulajadi dan akan bertambah  dengan pendidikan dan pengalaman.

16.  Seorang yang baik itu akan sentiasa hidup sekalipun ia telah dikebumikan di perkuburan.

17.  Meminta sedekah itu menghapuskan kemuliaan peribadi.

18.  Diam adalah jawapan yang baik kepada orang yang bodoh.

19.  Merendah diri adalah kemenangan seorang yang benar.

20.  Kejayaan adalah buah kesabaran yang manis sekali.

21.  Mencintai kekayaan merosakkan sifat-sifat peribadi yang mulia.

22.  Kata-kata yang lemah lembut itu selalunya memenangi hati manusia.

23.  Tidak ada orang zalim yang akan menciumi bau syurga.

24.  Bermurah hatilah tetapi jangan boros.

25.  Membuat dosa adalah satu penyakit, merasa kesal ialah obatnya, dan memelihara diri daripada berbuat dosa adalah rawatan yang sebenar.

26.  Kesederhanaan adalah kekayaan orang-orang miskin.

27.  Penderitaan mudah saja ditanggung oleh orang yang sabar.

28.  Barangsiapa yang sedar akan kesalahan dirinya akan bersikap lembut terhadap kesalahan orang lain.

29.  Dosa yang besar ialah menyanjungi kezaliman.

30.  Seseorang yang sentiasa mengambil berat terhadap nasihat orang lain adalah seorang yang bijak.

31.  Sopan santun adalah sebaik-baik pakaian peribadi.

32.  Ada tiga perkara yang menyebabkan kesusahan didunia,iaitu cemburu,buruk perangai dan khianat.

No comments:

Post a Comment