Thursday, January 19, 2012

Bingkisan Daripada Ibu.

Anak-anak dan menantu ku.
Hormat dan sayangilah ibu bapa dan mentua
Hormatilah pendapatnya sekiranya berguna
Jika tidak kena tegurlah dengan bijaksana.

Sayangi dan hargailah keluarga masing-masing
Lihat pada kelebihan pasangan masing-masing

Untuk mendapat keluarga yang bahagia
hendaklah hormat-menghormati dan bertegur sapa
Sedia menerima teguran yang baik dan berlapang dada

Jangan menganggap bila dah berkeluarga emak ayah tidak
lagi menyayangi atau pilih kasih!
Ingat, kasih ayah ibu terhadap anak tak pernah pudar!
Ingat, jerih-perih mereka mendidik sejak kecil!

Ayah Ibu sentiasa mendoakan kalian:
"Ya Allah, anak-anak dan menantuku, berilah keampunan, kerahmatan dan keberkatan
dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Amin!"