Saturday, July 31, 2010

SURAT NABI KEPADA PEMBESAR NEGARA



Surat Nabi kepada Herkulis Pembesar Romawi
Nama utusan:Dihyah bin khalifah al-Kalabi
Sikap orang yang menerima : Dia takut kehilangan kerajaannya dan tidak masuk islam.



Surat Nabi kepada Raja Negus (Najasyi) Pembesar Etopia
Nama utusan: Abdullah bin Hudzafah as- Syami
Sikap orang yang menerima; Dia masuk islam dan meletakkan surat tersebut dikeningnya

.

Surat Nabi kepada pembesar kisra Parsi
Nama utusan: Abdullah bin Huzhafah as-Shami.
Sikap orang yang menerimanya: Dia merobik surat rasul dan Allah pun meruntuhkan kerajaannya. 



Rujukan; pelbagai sumber


Wednesday, July 28, 2010

JIKA SEORANG KANAK_KANAK

Jika seorang kanak-kanak sentiasa dikecam,
        ia akan menjadi seorang yang suka mengacau.


Jika seorang kanak-kanak sentiasa disetujui,
        ia akan menjadi seorang yang suka berkelahi.


Jika seorang kanak-kanak sentiasa dihina,
        ia akan menjadi seorang yang pemalu.


Jika seorang kanak-kanak sentiasa diberi malu,
        ia akan menjadi seorang yang sentiasa bersalah.


Jika seorang kanak-kanak sentiasa ditabahi,
        ia akan menjadi seorang yang penyabar.


Jika seorang kanak-kanak sentiasa menerima galakan,
        ia akan menjadi seorang yang mempunyai keyakinan diri.


Jika seorang kanak-kanak ditaburi dengan puji-pujian,
        ia akan menjadi seorang yang bersikap adil.


Jika  seorang kanak-kanak mendapat perlindungan,
         ia akan menjadi seorang yang mempunyai kepercayaan diri.


Jika seorang kanak-kanak sentiasa diberi pengiktirafan,
        ia akan menjadi seorang yang menyukai dirinya dan orang lain.


Jika seorang kanak-kanak sentiasa didampingi dan diterima,
        ia akan menjadikan dunia ini tempat yang paling selesa, tenang dan bahagia sekali.

                                       Dipadankan dari;
                                       "If A Child............."
                                        Oleh Dorothy Law Nolte.

Monday, July 26, 2010

DOA 2

Bismillahirrohmanirrohim

Ya Allah bimbinglah daku untuk selalu mengingati Mu, tiada yang dapat menggantikan amal ku yang jelek dengan kebaikan melainkan engkau. Ya Allah pelindung ku, dengan kemuliaan Mu, sayangi aku dalam segala keadaan, kasihi aku dalam segala perkara.

1. Kurniakan pada ulamak kami kezuhudan dan nasihat.
2. Pada para pelajar kesungguhan dan semangat
3. Pada  para pendengar kepatuhan dan peringatan
4. Pada kaum muslimin yang sakit kesembuhan dan ketenangan
4. Pada kaum muslimin yang meniggal kasih sayang Allah dan rahmat.
5. Pada orang tua kami kehormatan dan ketenteraman.
6. Pada para pemuda penyesalan dan taubat
7. Pada para wanita rasa malu dan kesucian
8. Pada orang-orang kaya rendah hati dan kemurahan hatinya
9. Pada orang-orang miskin kesabaran dan kecukupan
10. Pada para pejuang kemenangan dan penaklukan
11. Pada para tawanan kebebasan dan ketenangan
12. Pada para pemimpin keadilan dan rasa sayang
13. Pada seluruh rakyat kejujuran dan kebaikan akhlak.

Sumber: Salinan dari buku perpustakaan masjid Banten.

Thursday, July 22, 2010

DIMANAKAH KITA?

*  Rajin Bekerja, Rajin Bercakap
                (  BAGUS )

*  Rajin Bekerja, Malas Bercakap
              (  KENA BULI )

*  Malas Bekerja, Rajin Bercakap
                (  WAYANG CINA )

*  Malas Bekerja, Malas Bercakap
                 (  TAK GUNA )

*  Malas Bekerja, Suka Mengadu
                 (   LALAT HIJAU  )

*  Malas Bekerja, Selalu Ponteng
                 (  LEBIH BAIK BERHENTI )

*  Malas Bekerja, Suka Termenung
                (  LEBIH BAIK MATI )

*  Rajin Bekerja, Rajin Mengadu
                 (  KAKI BODEK )

Rujukan; Kata-kata pujangga Prof. Diraja Ungku Aziz.

Sunday, July 18, 2010

PANTUN DUA KERAT

Berat sama dipikul
Rengan sama dijinjing.

Ada ubi ada batas
Ada budi ada balas.

Yang kurik kundi, yang merah saga,
Yang baik budi, yang indah bahasa.

Goreng pisang goreng ubi,
Abang hutang adik rugi.

Dua kali satu dua,
Boleh menantu ke orang tua.

Pinggan tak retak nasi tak dingin,
Engkau tak hendak, aku tak ingin.

Dua kali lima sepuluh,
Cina berak kau suluh.

Cing berincing setinggi bunga lada,
Mana hantu kucing, nasi basi atas para.

Kura-kura diatas perahu,
Pura-pura tidak tahu.

Ting-ting nyak,
Rambut kerinting kutu banyak.

Dang dut keladi wa-wa,
Siapa kentut kahwin cina tua.

Anak lembu merah,tambat pokok asam,
Sudah kena marah, tarik muka masam.

Kom komit kamit,
Tanam cekur gali kunyit.

Sumber : Kumpulan Pantun Melayu

RENUNGAN

*  Bahaya percakapan adalah dusta. Bahaya ilmu adalah lupa.
*  Kesulitan akan bertambah apabila dihitung. Dan akan lenyap apabila dilupakan
*  Keburukan diatasi dengan berbincang.Kebaikan diatasi dengan muafakat.
*  Ilmu didalam dada bagai lampu dalam rumah.Jahil adalah penyakit..
*  Sembahyang itu rengan tapi berat.Hebat macam mana kalau tak sembahyang dia sebenarnya tak ada nilai.

*  Tiada apa erti kehidupan kecuali mendapat keredhoan Allah.
*  Maknusia dalam tidur nyenyak, apabila mati barulah sedar.
* Janganlah kamu memandang lekeh dosa yang dilakukan ( biar pun kecil ) pandanglah kebesaran
   Allah yang kamu durhakai.
*  Sesiapa yang hanya memikirkan sekadar kepentingan perutnya,maka begitulah harga diri seperti yang
    keluar dari perutnya.
*  Perut adalah segala penyakit dan berpuasa ialah segala ubatnya.

*  Islam amalan anggota tubuh. Iman amalan anggota hati.
*  Senaman boleh menguatkan anggota tubuh badan,
    Amal ibadat menguatkan ruh.
    Ilmu pengetahuan menguatkan akal dan fikiran.
    Seni menguatkan jiwa dan perasaan.
*  Seorang mukmin berbangga dengan tuhannya ( Allah ) mulia kerana agamanya ( Islam ) Sedangkan munafik berbangga dengan bangsanya dan menganggap mulia dengan hartanya.

*  Kata imam Ghazali , Paling dekat mati.  Paling jauh masa lalu.  Paling besar hawa nafsu . Paling berat pegang amanah.  Paling rengan meniggalkan sembahyang . Paling tajam lidah maknusia.
*  Ajar hati kita berdoa kepada orang yang menyakiti kita. Semoga Allah memberi rahmat kepada orang yang mengatakan keburukan kepada kita.
*  Berdermalah kerana sesungguhnya kebanyakan kaum wanita akan dijadikan kayu api dineraka jahanam disebabkan mudah mengeluh dan mudah melupakan jasa suami.

*  Pendekatan anak terhadap ibu; Apabila diletakkan dihadapan akan menuju syurga.Apabila diletakkan       dibelakang ia akan menuju neraka.
*  Jasa ibu; Nilai sekali susuan tidak dapat membalas jasa seribu tahun.
*  Ketika menghadapi ujian ;
    1. Baca Innaa LilLahi Roojiuun.
    2. Ya Allah, aku mengharap pahala diatas musibah ini
    3. Ya Allah gantilah yang lebih baik..

*  Tengok diri kita serba kekurangan,
     Tengok orang lain serba kemuliaan.
*  Ego mengatasi  kewarasan.

Saturday, July 17, 2010

DOA MEMBASUH ANGGOTA WUDHU'

Doa Mencuci Tangan Hendak Wudhu'
Ya Allah aku mohon kepada Mu pehak kanan dan keberkatan, dan aku berlindung dengan Mu daripada bernasib malang dan kebinasaan.

Doa Berkumur-Kumur
Ya Allah berilah aku minuman daripada perigi nabi Mu Muhammad saw yang tidak akan dahaga sesudahnya selama-lama.

Doa Menghisab Air Kehidung
Ya Allah baukanlah aku bauan syurga

Doa Mengeluarkan Air Dari Hidung
Ya Allah aku berlindung dengan Mu daripada bau-bauan neraka dan seburuk-buruk tempat.

NIAT WUDHU'
Sahaja aku berwudhu' kerana mengangkat hadas kecil fardhu kerana Allah Ta'ala.

Doa Membasuh Muka
Ya Allah putihkanlah muka ku pada hari putih muka2 dan hitam muka2.(diakhirat ada dua kelompok muka putih ( orang beriman ) muka hitam ( orang kafir )

Doa Membasuh Tangan Kanan
Ya Allah berikanlah daku kitab amalan ku dengan tangan kanan ku dan hisablah aku dengan hisab yang mudah.

Doa Membasuh Tangan Kiri
Ya Allah aku berlindung dengan Mu daripada memberikan kepada ku kitab amalan ku dengan tangan kiri ku atau pun dibelakang ku.

Doa Mengusap Sebahagian Kepala
Ya Allah haramkanlah rambut ku dan kulit ku daripada api neraka.

Doa Mengusap Telinga
Ya Allah perdengarkanlah aku panngilan syurga didalam syurga beserta orang yang baik2

Doa Membasuh Kaki Kanan
Ya Allah tetapkanlah kaki ku diatas titian Sirot beserta kaki2 hamba mu yang soleh.

Doa Membasuh Kaki Kiri
Ya Allah aku berlindung dengan mu dari tergelincir kaki ku ke atas Sirot dalam api neraka , pada hari  tergelincirnya kaki2 orang2 munafik dan musyrik.


                          

Wednesday, July 14, 2010

PETUA

DAUN PEGAGA;-
1. Merawat kencing manis
2. Merawat keputihan
3. Merawat darah tinggi
4. Mengurangkan bintik-bintik hitam di muka.
Caranya; Ambil secekak daun pegaga, bersihkan,setelah itu rebus bersama dua gelas air sehingga tinggal segelas air.setelah mendidih sejukkan dan tapis. Minumlah air ini sekali sehari setelah makan malam.Amalkan cara ini sehingga sembuh.

AIR BERAS
1. Merawat kencing tak lawas
2. Menyuburkan pokok
3. Menghilangkan letih lesu badan.
Caranya;-
Minum air basuhan beras yang sudah bersih sebanyak 1 gelas, setelah anda makan tengahari . Lakukan cara ini sehingga sembuh.

DAUN SERAI SEGARKAN SARAF
Jika anda terlalu banyak kerja anda tentu rasa letih dan lesu, untuk mengembalikan kesegaran urat saraf anda, anda boleh gunakan daun serai,daun pandan serta daun nangka dan direbus dengan air sebanyak dua besen sedang.Biarkan air tersebut menjadi suam kuku, setelah itu bolehlah anda gunakan untuk mandian. Lakukan cara ini selama tiga hari berturut-turut sehingga anda pulih semula.

SUSU TEPUNG HALUSKAN MUKA
Caranya;-
Cuci muka anda terlebih dahulu dengan air bersih. setelah itu cuci dengan air limau nipis. Kemudian bilas dengan air bersih, setelah itu ambil tiga camca susu tepung. Bancuh dengan air suam, tidak terlalu pekat.Sapukan ke muka, biarkan kering.Setelah itu bersihkan muka anda.

MADU
Memberikan seri pada wajah dan melembabkan muka.
Caranya;-
Ambil dua sudu madu campurkan dengan putih telur lumurkan pada muka anda, biarkan kering, setelah itu barulah dicuci dengan air panas suam dan keringkan muka anda dengan tuala bersih.

Rujukan ; ( Buku Petua Segala Petua )

Tuesday, July 13, 2010

SENAMAN

Kalau orang suruh kita bersenam kita selalu kata tak ada masa. Cubalah.....luangkan masa untuk bersenam...sebagaimana kita luangkan masa untuk bersolat. Senaman itukan untuk kesihatan. Nak sedapkan hati sendiri sebab malas bersenam...selalu beri alasan kerja rumah sudah dikira bersenam juga. Sebenarnya ia masih tidak cukup. Membebellah Cik Min ni sorang...marahkan diri sendiri. Jom... kita jadikan senaman sebagai rutin harian untuk kesihatan badan.

1. Berjalan perlahan / Berjalan dengan pantas.
    Boleh dilakukan pada bila bila masa dan dimana sahaja tempat yang selamat.

2. Senaman Regangan.
    Lakukan senaman regangan setiap hari.


REGANGAN KEPALA DAN LEHER
1. Tunduk dan dongakkan kepala.
2.  Serongkan kepala hingga telinga mencecah ke bahu kiri dan kanan.
3. Pusingkan kepala anda kearah bahu kanan dan kiri.


REGANGAN BAHU
1. Putarkan bahu anda kearah hadapan.
2. Kemudian kearah belakang.
3. Naik dan turunkan bahu anda..


REGANGAN TANGAN
1. Tangkupkan kedua belah tapak tangan angkat dan turunkan tangan anda dengan meluruskan siku anda.
2. Tangkupkan kedua belah tapak tangan dengan siku dibengkokkan, gerakkan tangan ke kanan kemudian kekiri.
3.. Gerakkan tangan yang digenggam ke kanan, kemudian ke kiri, dengan meluruskan siku.

REGANGAN JARI
1. Pegang hujung jari dan tarik perlahan-lahan.
2. Genggam dan buka genggaman.
3. Pusingkan tapak tangan anda ke bawah
4. Buka dan jarakkan ibu jari, kemudian tutup dan rapatkannya.


REGANGAN KAKI
1. Duduk diatas kerusi dengan bersilang lutut. Putarkan kaki mengikut putaran jam, kemudian sebaliknya.
2. Naikkan kaki kanan anda untuk meluruskan lutut
3. Gerakkan kaki anda ke sisi kemudian bawakan kaki kembali ketengah, kemudian lakukan sebaliknya.
4. Duduk diatas kerusi dengan lutut bersilang.Gerakkan kaki anda ke atas dan ke bawah di pergelangan kaki.
5. Gerakkan kaki anda ke depan dan letakkan tumit kaki di atas lantai.
6. Jika kaki anda tidak boleh di gerakkan, silangkan kaki yang sakit keatas kaki yang baik dan putarkan pergelangan kaki dengan tangan..


Rujukan : Buku (Senaman Ke Arah Warga Tua Cergas)

Monday, July 12, 2010

RESIPI

 UBI TUMIS


Hari minggu yang lepas, anak-anak dan menantu balik rumah, teringin pula masak  tumis ubi, masakan ini kegemaran cik Abe saya....
Kebetulan menantu belikan pinggan empat segi, teruslah ambil peluang tangkap gambar masakan...
mana tau rasanya lebih sedap duduk atas pinggan baru, sekurang-kurangnya sebagai mentua hargailah
pemberian menantu. Kalau menantu baik mudah-mudahan emak mentua pun jadi baik. Amin........


MASAKAN UBI TUMIS

Bahan-bahan;-
   1 batang ubi sederhana besar *
   5 ulas bawang merah *
   2 ulas bawang putih *
   5 biji cili api *
   3 sudu ikan bilis bersaiz kecil *
   3 tangkai daun kari
      Sedikit belacan *,
      Minyak masak dan sedikit garam.

Cara masak;-
1. Potong ubi dan rebus hingga empuk.
2. Tumbuk bahan-bahan yang bertanda ( * )
3. Panaskan minyak masak, masukkan daun kari,dan bahan yang ditumbuk, kacau  rata, kecilkan api
    dan goreng sehingga warna perang, masukkan sedikit garam.
4. Akhir sekali masukkan ubi rebus, kacau sambil dibelah-belah supaya rempahnya serata,
    angkat dan hidangkan.Sesuai untuk sarapan pagi atau minum peta.


  (Sumber : Cik Senah)

Sunday, July 11, 2010

HAYATI PENCIPTAANNYA

1. Ia mengeluarkan sesuatu Yang hidup dari benda Yang mati, dan mengeluarkan benda Yang mati dari sesuatu Yang hidup, serta menghidupkan bumi sesudah matinya; dan sedemikian itulah kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).

2. Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya (menghidupkan kamu semula), Bahawa ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia Yang hidup bertebaran di muka bumi.

3. Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.

4. Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang Yang berpengetahuan.

5. Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kemurahanNya dan kasih sayangnya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan Yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang Yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).

6. Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, ia memperlihatkan Kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan ia menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan bumi sesudah matinya Dengan hujan itu. Sesungguhnya Yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang Yang menggunakan akal untuk memahaminya.

7. Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan keluasan ilmunya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan Yang menakjubkan itu) Dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya apabila ia menyeru kamu Dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu Dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing).

8. Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah Yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah

9. Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya, Engkau melihat bumi kosong sepi (dalam keadaan kering dan tandus), maka apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya serta suburlah tanamannya. Sesungguhnya Allah Yang menghidupkannya sudah tentu berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk Yang telah mati; Sesungguhnya ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

10. Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah kejadian langit dan bumi serta Segala Yang ia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk Yang melata; dan ia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila ia kehendaki (melakukannya)

11. Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah kapal-kapal (yang besar tinggi) seperti gunung, belayar laju merempuh lautan.


Rujukan Al- Quran

Saturday, July 10, 2010

DOA

Bismillahirrohmaanirrohim...

Alhamdulillahi robbil a'lamin wassolatu wassalamu a'laa asyrofil anbiyaa iwalmursaliin wa a'la a'lihi
wasohbihi ajmai'n.

Ya Allah ya tuhan ku limpahkanlah rahmat keatas kami setiap waktu dan saat.
Robbi bimbinglah kami
maafkan dosa2 kami dan dosa ayah bonda kami,
kerabat dan saudara kami, suami kami, anak2 kami dan keluarga kami yang masih mempunyai dosa yang belum terampun,
ampunkan seluruh dosa mereka ya Rohman ya Rohim
Mereka yang telah wafat dari ayah bonda, dari keluarga atau teman yang barangkali hingga saat ini masih terhimpit di alam kubur,
bebaskanlah dari segala kesusahan ya Allah...
dan mereka yang dalam kemuliaan didalam kubur tambahkanlah kemuliaannya
dan mereka yang masih hidup Robbi limpahkanlah rahmat dan keluhuran untuk mereka dan kami semua Amin...
Wasollallahhu a'la Saiyidina Muhammad
Wa 'ala aalihi wasohbihi wabaroka wasallam
walhamdulillaahi Robbil A'lamin.


Rujukan : Habib Munzir Almusawa

Thursday, July 8, 2010

ILMU

 Sekumpulan ulamak mangadap Saiyidina Ali
mereka mula bertanya tentang ilmu.

Ulamak 1 bertanya    ; Manakah yang lebih utama
                                       ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a                Ilmu.kerana ilmu lebih utama
                                  daripada harta; ilmu itu
                                   pusaka
                                   nabi-nabi., sedang harta
                                   pusaka
                                   Karun Syaddad dan Fir'aun.


Ulamak 2 bertanya    ; Manakah yang lebih utama
                                       ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a                Ilmu, kerana ilmu memelihara
                                   engkau
                                   sedangkan harta engkaulah
                                   yang harus memeliharanya.


Ulamak 3 bertanya     : Manakah yang lebih  utama
                                       ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a               : Ilmu,kerana
                                   harta menyebabkan banyak
                                   musuh,ilmu menyebabkan
                                   banyak teman dan sahabat.
                                                                   .

Ulamak 4 bertanya     : Manakah yang lebih utama
                                        ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a               : Ilmu,kerana harta makin
                                   dikeluarkan  makin kurang,
                                   sedang ilmu makin
                                   dikeluarkan makin
                                   bertambah.


Ulamak 5 bertanya     : Manakah yang lebih utama
                                        ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a                : Ilmu, kerana orang punya
                                    harta kadang-kadang
                                   dapat dipanggil  nama kikir
                                   dan kedekut sedang orang
                                   yang  punya  ilmu dipanggil
                                   dengan nama megah dan
                                    mulia.    
                     
                                                                  
Ulamak 6 bertanya      : Manakah yang lebih utama
                                        ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a                : Ilmu.kerana harta banyak
                                    pencurinya,dan ilmu tidak
                                    ada pencurinya.


Ulamak 7 bertanya      : Manakah yang lebih utama
                                        ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a                : Ilmu, kerana orang yang
                                    punya harta dihisab pada
                                    hari kiamat, sedang orang
                                    yang punya ilmu diberi                                                  
                                  syafaat pada hari kiamat.


Ulamak 8 bertanya       : Manakah yang lebih utama
                                         ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a                  Ilmu, kerana harta boleh
                                         habis kerana lama
                                         masanya, sedang ilmu
                                         tidak boleh habis
                                         meskipun tidak
                                        ditambah.


Ulamak 9 bertanya       : Manakah yang lebih utama
                                          ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a                 : Ilmu, kerana ilmu membuat
                                         hati yang punya terang
                                         benderang sedangkan
                                         harta membuat
                                         kasar hati yang punya.


Ulamak 10 bertanya     : Manakah yang lebih utama
                                         ilmu atau harta?
Jawab Ali r.a                 : Ilmu, sebab orang yang
                                         mempunya ilmu termasuk
                                         ibadah,yang diberi pahala
                                        oleh tuhan,sedangkan
                                        orang mempunyai harta
                                        termasuk rubudiyah    
                                      
                                    
                                        ,

MENGENALI BAHASA JAWA 2

1.  Ngomong jowo  =  cakap jawa
2.  Arek solat  =  nak (hendak) solat
3.  Arek mangan  =  nak makan
4.  Arek ngombe  =  nak minum
5.  Arek nguyuh  =  nak kencing
6.  Arek ngiseng  =  nak berak
7.  Arek cewok  =  nak cebuk
8.  Arek adus  =  nak mandi
9.  Arek turu  =  nak tidur
10.  Arek melebu  =  nak masuk
11.  Arek metu  =  nak keluar
12.  Arek mainan  =  nak main
13.  Arek munggah  =  nak naik
14.  Arek mudun  =  nak turun
15.  Arek dolan  =  nak jalan
16.  Jangan bening  =  masak bening
17.  Jangane pedes  =  masakkannya pedas
18.  Jangane asin  =  masakkannya masin
19.  Rasane legi  =  rasanya manis
20.  Rasane kecut  =  rasanya masam
21.  Mambu wangi  =  bau wangi
22.  Mambu badek  =  bau busuk
23.  Koyo arek meriyang  =  macam nak demam
24.  Koyo arek watuk  =  macam nak batuk
25.  Ojo takon  =  jangan tanya
26.  Ojo kelalen  =  jangan lupa
27.  Ojo ngapus  =  jangan tipu
28.  Ojo koyo kuwi  =  jangan macam tu
29.  Ojo turu wae  =  jangan tidur saja
30.  Ojo digugah  =  jangan dikejut
31.  Ojo nyolong  = jangan mencuri.

Friday, July 2, 2010

HARI KIAMAT

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam...


"Sesungguhnya hari kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentangnya, tetapi kebanyakan manusia tidak beriman" -- Surah Al-Mukmin, ayat 59.


Untuk peringatan diri saya dan sesiapa yang sudi membacanya...


Mengenai tanda-tanda awal kiamat, dapat kita ketahui dari beberapa keterangan yang diringkaskan seperti berikut:                                                                                                      
  1. Setiap tahun bertambah keburukan dan berkurang kebaikan.
  2. Jumlah manusia jahat diumpamakan "999 orang dalam 1000"
  3. Perjalanan waktu terasa pendek atau cepat;  Setahun terasa sebulan, sebulan terasa seminggu, seminggu terasa sehari dan seterusnya.
  4. Tidak tahu lagi membezakan baik buruk, halal haram (susah nak membezakan antara yang buruk dengan yang baik).
  5. Sembahyang hampir tidak dipedulikan lagi.
  6. Bilangan wanita mengatasi bilangan lelaki.
  7. Zakat dipandang satu perkara yang menyusahkan semata- mata.
  8. Lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita, saling berhubungan seks sama sejenis.
  9. Masjid besar dan cantik...tetapi yang sembahyang berkurangan dan sembahyang dikerjakan tanpa ikhlas dan jujur.
  10. Nyawa dan darah manusia tidak bernilai lagi, pembunuhan berleluasa terjadi, peperangan sudah seperti permainan antara puak-puak dan golongan-golongan manusia.
  11. Si kaya pergi ke mekah sekadar untuk melancong, manakala orang pertengahan pergi haji kerana berniaga, sementara orang miskin pergi untuk meminta sedekah .
  12. Nafsu syaitan bermaharajalela.
  13. Anak-anak tidak lagi patuh kepada ibu bapa, orang tua tidak dapat penghormatan lagi.
  14. Lenyap dan hapus kejujuran dalam bersahabat.
  15. Orang-orang beriman tidak terdaya berbuat apa pun terhadap maksiat yang berlaku disekelilingnya.
  16. Puncak dari tanda-tanda awal ini ialah sikap manusia sendiri yang semakin angkuh dan sombong kerana merasa telah terlalu pandai dan berkuasa.


Semua ini adalah tanda-tanda awal akan hampir berlakunya kiamat sebelum tibanya tanda-tanda akhir seperti; Lahirnya Dajjal, Yakjuj dan Makjuj, matahari terbit dari barat, keluar binatang "Dabbah" yang menempelak manusia dan lain-lain lagi.

Thursday, July 1, 2010

MUHASABAH DIRI

Keburukan Banyak Makan :
1.- Keras hati
2.- Segala anggota suka melakukan kejahatan
3.- Tidak faham ilmu, membinasakan kecerdikan dan kepintaran
4.- Berat badan untuk melakukan ibadat dan mata mengantuk
5.- Menghilangkan nikmat ibadat
6.- Ditakuti jatuh kepada haram atau syubhah
7.- Menyusahkan - kerana mencari dan menyediakan
8.- Boleh menyebabkan sakit yang bersangatan ketika mati
9.- Mengurangkan pahala di akhirat

Nafsu
Engkau ciptakan Firaun, Haman dan Qarun.
Mereka adalah sebesar-besar penderhaka terhadap mu
Namun engkau kurniakan dunia seluruhnya kepada mereka

Itulah tandanya
Dunia ini tidak melebihi sebelah sayap nyamuk pada sisi Mu
Tapi nafsu kami masih juga terliur
Melihat keagungan Firaun, kepintaran Hamman dan kekayaan Qarun
Nafsu masih inginkan
Sayap nyamuk yang sebelah itu
Nafsu sangat sabar menyembunyikan laparnya
Sesekali ia menghantar isyarat jika engkau menjawab
ia akan bangun
Dikala itu engkau akan tertawan

Nafsu umpama sebuah kenderaan
Enjinnya ialah tamak
Rodanya dengki dan khianat
Sterengnya ialah tipudaya
Bila kenderaan ini berjalan
Ia meninggalkan asap kotor dibelakang
Tetapi pemandu asyik memandang kehadapan
Tidak pernah melihat pencemaran yang ditinggalkan

Nafsu adalah sebahagian daripada diri mu
Ia boleh diam dan tidur tetapi tidak berputus asa
Perlulah engkau sentiasa berwaspada